xpdckelate Publish time 2-10-2021 10:03 PM

Azroy takluk litar kegemaran

Kuala Lumpur: Pelumba Honda Yuzy Idemitsu, Azroy Hakeem Anuar mengekalkan rentak cemerlang di litar kegemarannya, Litar Permotoran Terengganu selepas berjaya muncul juara pusingan 5 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix hari ini.

"Saya amat berpuas hati dengan persembahan kami minggu ini," jelas Azroy yang berjaya memecah rekod sepusingan terpantas sebanyak tiga kali dalam tempoh sehari.

Kali pertama dilakukan pada sesi pemanas badan, seterusnya pada sesi Shoot-Out dan akhir sekali, Azroy mencatat rekod lap terpantas di Litar Permotoran Terengganu dengan masa 48.936s.

Permulaan perlumbaan kategori perdana dikuasai oleh pelumba kelahiran Terengganu, Ahmad Afif Amran.

Afif, dari pasukan Petronas Sprinta Yamaha-CKJ Racing, mendahului perlumbaan selama 16 pusingan namun tidak berjaya menjarakkan diri dari asakan Azroy.

Azroy yang menggunakan jentera Honda berjaya memintas pada pusingan ke-17 dan persaingan antara Azroy dan Afif berlarutan sehingga ke pusingan terakhir.

Malang sekali, insiden kemalangan pada pusingan terakhir memaksa bendera merah dikibarkan.

Ia menyebabkan keputusan Pusingan 5 CP150 diambil dari pusingan ke-16 dan Azroy diisytiharkan sebagai pemenang dengan catatan masa 14'04.644s, diikuti Ahmad Afif Amran di tempat kedua dan Mohd Akid Aziz di tempat ketiga.

Azroy turut mengalami kecederaan ringan dalam insiden berkenaan namun pelumba Honda itu tegas menyatakan bahawa dia akan meneruskan perlumbaan Pusingan 6.

"Litar Permotoran Terengganu ini sememangnya litar kegemaran saya. Persiapan pasukan kami serta prestasi motosikal kami begitu meyakinkan. Dalam perlumbaan tadi, walaupun menerima tentangan hebat dari Afif, saya masih yakin dengan kebolehan kami untuk meraih kemenangan kedua musim ini.

"Kemalangan yang berlaku di lap terakhir sememangnya di luar jangkaan. Saya mengalami kecederaan ringan pada kaki kanan, tetapi masih yakin akan beraksi esok untuk Pusingan 6," katanya. - HMetro

xpdckelate Publish time 2-10-2021 10:05 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/roy7_1633169097.jpg
AKSI Azroy (kiri) hari ini. FOTO Ihsan Cub Prix

JohnyEnglish Publish time 2-10-2021 10:06 PM

Ni Azroy bin Azlan ke?
Pages: [1]
View full version: Azroy takluk litar kegemaran


ADVERTISEMENT