xpdckelate Publish time 2-10-2021 09:53 PM

Vinales tak berlumba hormati kematian sepupu

Texas: Aprilia mengumumkan bahawa Maverick Vinales tidak akan beraksi pada Grand Prix (GP) Americas minggu ini susulan kematian sepupunya, Dean Berta Vinales, Sabtu lalu pada perlumbaan WorldSSP300 di Jerez.

Dean Berta Vinales yang baharu berusia 15 tahun dan menunggang jentera pasukan diketuai bapa Vinales, meninggal dunia selepas terjatuh dan kemudian dilanggar pelumba lain.

Vinales berkunjung ke litar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Dean Berta ketika sesi bertafakur selama seminit, Ahad lalu.

Aprilia dalam satu kenyataan berkata, Vinales serta pasukan mengambil keputusan untuk berehat seketika.

"Maverick Vinales tidak akan menyertai GP Americas yang dijadual berlangsung minggu ini di Austin, Texas.

"Kurang seminggu sejak peristiwa kemalangan membabitkan Dean Berta, Vinales tidak mempunyai masa yang cukup bagi mendapatkan kembali ketenangan yang diperlukan untuk berlumba.

"Vinales dengan sokongan penuh pasukan Aprilia Racing, atas sebab itu memutuskan untuk berehat seketika daripada memahami lebih lanjut mengenai jenteranya.

"Keseluruhan pasukan Aprilia Racing menyokong keputusannya dan sentiasa bersama Vinales serta orang yang tersayang," kata kenyataan itu. - HMetro

xpdckelate Publish time 2-10-2021 09:56 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/vinales88_1632969785.jpg
MAVERICK Vinales. FOTO EPA
Pages: [1]
View full version: Vinales tak berlumba hormati kematian sepupu


ADVERTISEMENT