xpdckelate Publish time 2-10-2021 08:45 PM

Hubungan Klopp, Guardiola dingin

London: Pengurus Liverpool Jurgen Klopp berkata, beliau sememangnya cenderung untuk mengganggu pengendali Manchester City, Pep Guardiola tapi menegaskan bahawa itu bukan dilakukan dengan sengaja.

Banyak pertengkaran berlaku membabitkan kedua-dua mereka yang dimainkan di media berbanding hal peribadi sepanjang lima tahun mereka menjadi musuh dalam saingan Liga Perdana.

Klopp bertanggungjawab terhadap beberapa perkara namun menegaskan bahawa dia menganggap bekas jurulatih Barcelona dan Bayer Munich itu sebagai rakan.

"Saya tak pasti sama ada pernah memberi tahun Pep bahawa saya menyukainya. Itu benar," kata pengendali Jerman menjelang pertemuan mereka di Anfield esok.

"Dari masa ke semasa saya mengganggunya dan perkara yang saya katakan pada sidang media tidak bertujuan untuk mengata yang buruk tentang dia atau Manchester City.

"Tapi kemudiannya seorang kakitangan City memberitahunya bahawa Klopp mengatakan itu dan ini. Saya dapat melihatnya pada sidang akhbar dan dia menjadi sangat marah. Maaf untuk itu.

"Saya sangat menghormatinya dan saya pernah mengatakan perkara itu sebelum ini. Saya rasa kami tahu banyak perkara tentang satu sama lain.

"Kami saling bertemu sesama sendiri dalam perlawanan bola sejak sejak dua tahun lalu. Saya rasa kami berdepan beberapa situasi di mana kami ke Manchester untuk anugerah dan ia seperti pertemuan keluarga.

Sebelum ini Klopp melaungkan amaran kepada pemain Liverpool untuk bersedia bertemu Manchester City yang akan tiba di Anfield dengan semangat membara esok selepas dikecewakan Paris Saint-Germain Rabu lalu.

Skuad kendalian Guardiola itu tewas 2-0 di Paris menentang skuad bintang Mauricio Pochettino, tetapi Klopp menegaskan persembahan pasukan Liga Perdana Inggeris itu amat mengagumkan justeru mereka perlu bersedia. - HMetro

xpdckelate Publish time 2-10-2021 08:47 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/klopp0210_1633147539.jpg
KLOPP mahu pemainnya berwaspada kehadiran Man City. -FOTO AFP

kintis1337 Publish time 6-11-2021 03:05 PM

KLOPP his so hot this season im so lovery football let'so liverpool take more ufa trophy
Pages: [1]
View full version: Hubungan Klopp, Guardiola dingin


ADVERTISEMENT