Raline Publish time 2-10-2021 09:46 AM

Rapid KL Mohon Maaf Petugas Kebersihan Buat Kerja Sambil Lewa

https://www.thevocket.com/app/uploads/2021/10/6DC9217E-60AC-4B4D-9697-4EE8F60D0901.jpeg

Rapid KL Mohon Maaf Petugas Kebersihan Buat Kerja Sambil Lewa

Rapid KL semalam membuat kenyataan maaf diatas kelakuan pekerja pembersihan yang melaku kerja sambil lewa. Kejadian yang ditangkap kamera dan tular di media sosial itu membuatkan Rapid KL berjanji untuk mengambil tindakan tegas ke atas dua pekerja tersebut.

Sebelum itu tular klip tujuh saat yang diambil dari Instagram dan dikongsi di Twitter oleh pengguna devprasad888 yang menunjukkan pekerja Rapid KL Transit (LRT) membuat kerja kebersihan dengan sambil lewa.

https://twitter.com/devprasad888/status/1443470293020725251?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1443470293020725251%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Frapid-kl-mohon-maaf-petugas-kebersihan-buat-kerja-sambil-lewa%2F

Rapid KL di akaun media sosial mereka meminta maaf atas kejadian itu dan memuat naik video bagaimana pembersihan harus dilakukan bersama dengan kenyataan rasmi syarikat terbabit. Kata syarikat penyedia pengangkutan awam itu, kejadian itu berlaku di Stesen LRT Ampang, yang merupakan stesen terakhir untuk Laluan LRT Ampang/Sri Petaling.

Rapid KL turut akui kerja yang dilakukan oleh petugas kebersihan adalah tergesa-gesa dan tidak memuaskan. Tambah mereka lagi cara kerja yang dijalankan oleh pekerja terbabit tidak patuh dengan langkah pencegahan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh pihak Rapid KL.

https://www.facebook.com/watch/?ref=external&v=4440881979338784

“Ini menunjukkan ketidakpatuhan terhadap langkah pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh Rapid KL amat membimbangkan dan kami telah mengambil tindakan pantas untuk menegur vendor dan membincangkan tindakan pemulihan dan pencegahan untuk memastikan kejadian ini tidak berulang,” tulis Rapid KL dalam catatan tersebut.

Penyedia pengangkutan awam menambah bahawa mereka mengharapkan perkhidmatan berkualiti tinggi dari semua rakan niaga, kontraktor, vendor dan juga kakitangan mereka sambil menekankan bahawa mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang berada di bawah standard kualiti Rapid KL.

Sumber:https://www.thevocket.com

bakingsoda Publish time 2-10-2021 10:09 AM

expectation vs reality :lol:

Rdizz Publish time 2-10-2021 10:38 AM

Tak amanah menjalankan tugas, buatlah kerja betul2, org takut covid, ramai org guna servis lrt, tempat yg mudah menyebarkan virus tu. Mentaliti ulu buat kerja x pikir risiko pd public.

merrissa Publish time 2-10-2021 10:54 AM

padan muka viral...baru reti buat kerja betul2

musangbodoh Publish time 2-10-2021 11:18 AM

bakingsoda replied at 2-10-2021 10:09 AM
expectation vs reality

video berlakon tu :lol: kalah reality

nakkomenjugak Publish time 2-10-2021 11:24 AM

Kerja2 ni kalau bagi orang yang jenis pembersih, celah2 tu pun deme spray.
Yang dok main lap gitu2 tu, nak je iol tengok rumah deme camne.

Skuau Publish time 2-10-2021 12:19 PM

ada dua jenis kerja pembersihan:
1.secara am
2.secara khusus/spesifik
-tuk kerja yg lebih spesifik ni tolong bg kpd yg senior dan berpengalaman sikit.

missus_meow Publish time 2-10-2021 12:44 PM

dahviral tu ... kot ade perubahan ...

yum3 Publish time 3-10-2021 08:48 AM

emmmmm lap2 lap2.. penat aihhh menengoknya. Why takguna yg canggih spray terus sekali byk tu.. Aduhaii... :mad:

gekkou Publish time 3-10-2021 02:36 PM

rajin lagi tukang bersih escalator kat mid valley

kitmal9545 Publish time 3-10-2021 06:26 PM

Beginilah kat Malaysia........tindakan hanya diambil bile ada aduan dan viral..................supervisornya buat apa..tido ke?

anony-mous Publish time 4-10-2021 07:22 AM

Tu depan penumpang tu. imagine belakang penumpang mcm mana malas nya

rosa_canina Publish time 4-10-2021 08:44 AM

yum3 replied at 3-10-2021 08:48 AM
emmmmm lap2 lap2.. penat aihhh menengoknya. Why takguna yg canggih spray terus sekali byk tu.. Adu ...

kann.. knp tak guna spray gun ke..nk kena sanitize hari2 kan..
jimat masa ..tp kena klua kos sikit la..
Pages: [1]
View full version: Rapid KL Mohon Maaf Petugas Kebersihan Buat Kerja Sambil Lewa


ADVERTISEMENT