R2D2 Publish time 1-10-2021 07:52 PM

Honor Malaysia akan lancarkan Honor 50. Harga mungkin mampu milik

Honor Malaysia Mengesahkan Bakal Melancarkan Honor 50 Tidak Lama Lagi
Diterbitkan pada 01 Okt 2021. oleh Aman.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/06/Honor-50-A.jpeg.webp

Honor Malaysia hari ini secara rasminya mengesahkan mengatakan mereka akan memperkenalkan Honor 50 di pasaran tempatan tidak lama lagi.

Pengenalan Honor 50 ini akan memperlihatkan kembalinya Honor dalam pasaran telefon pintar Malaysia selepas menghilangkan diri sementara. Buat masa ini, tarikh pelancaran Honor 50 masih tidak diketahui. Tetapi, dengan perkongsian ini, kita mungkin melihat ia diperkenalkan pada bulan Oktober ini, atau selewatnya November kelak.

Honor 50 hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, selain dilengkapi kamera 108-megapixel, dijana cip Snapdragon 778G – dan sokongan untuk Google Mobile Services yang dinantikan ramai.

Honor sebelum ini telah memperlihatkan peningkatan pegangan pasaran mendadak di China, dan semestinya mereka mempunyai perancangan menyeluruh untuk memenangi pasaran global kembali.

Knowlee Publish time 1-10-2021 09:04 PM

Eh, laaaa... Ada rupanya. Tgk dlm website Honor, takde handphone. So, I beli Huawei punya.

R2D2 Publish time 1-10-2021 09:09 PM

F5xooK4M2rE

Xim Publish time 2-10-2021 11:06 PM

Tak lawo design kamera blkg....nmpk mcm hp copy....

_blackbird Publish time 9-10-2021 01:41 PM

aku baru tau ada honor ni ada keluar phone. aku pernah tgk notebook dia je. skali pandang mcmmacbook rupanya magicbook. hihihi
Pages: [1]
View full version: Honor Malaysia akan lancarkan Honor 50. Harga mungkin mampu milik


ADVERTISEMENT