Hidungkembang Publish time 1-10-2021 12:21 PM

Korang akan buat apa kalau berlaku situasi ni?

Assalamualaikum. Aku nak tanya soalan. Soalan ni mungkin kedengaran agak bodoh pada sesetengah orang.

Okay, bayangkan korang duduk berdua dengan mak atau ayah korang dekat rumah. Tiba tiba datang seseorang masuk rumah. Dan attack mak / ayah korang.

Korang sebagai anak. Akan protect lah kan. Dengan cara apa?

Hempuk kepala pakai lesung batu ke?
Kang pecah kepala, mati. Kau masuk penjara.

Peluk mak korang ke?
Kau kena tetak kang mati. Dia bunuh pulak mak korang.

Pukul manja ke? Suspek sakit sekejap. Lepas tu hentak korang lagi kuat. Kang mati korang.

Kalau nak call polis, aku rasa nyawa dah melayang dulu kot. (sorry pak polisi)

Kadang aku tertanya macam mana nak selamatkan diri/ selamatkan orang. Tanpa kita terbunuh orang tu. Dan tanpa kita yang masuk penjara.

Aku terfikir nak ambil pisau dan belah belakang badan orang tu bagi menggelupur. Cuba bayangkan tak sempat dia nak menggelupur, dia bangun terus tetak korang???Seram.

Kadang tu aku fikir. Kalau berlaku situasi macam ni. Antara dua.

1) Kita mati. Suspek masuk penjara.
2. Suspek mati. Kita masuk penjara.

:lol:

bakingsoda Publish time 1-10-2021 12:43 PM

aku pilih no 2. sah2 dia yg pecah masuk rumah kita, kita ada alasan mempertahankan diri. tapi kalau berlaku dlm realiti aku rasa aku kaku kat situ kot :funk:

musangbodoh Publish time 1-10-2021 12:56 PM

pastikan yg jahat mati dalam rumah...reason self defend pun ok...yg pasti dalam rumah ye.kalo luar rumah...pandailah ko seret masuk dlm rumh{:thumbo

CiliPadiSedap Publish time 1-10-2021 01:08 PM

pastikan attack penyereang dalam rumah bukan luar pintu rumah sbb ada kes tuan rumah kejar suspek luar kawasan rumah dah chargelain.

tak pasti undang2 bab ni mempertahankan dan menyerang.sembur ridsect dah lah lepas tu hempuk pakai lesung batu tahi lalat.

confirm dia terkejut

KIM.K Publish time 1-10-2021 01:11 PM

Jangan berebut parang dgn suspek tu. Unless chuol mmg sejenis takde pekerjaan duk saja2 boley mati katak free.

Tak semestinya hit kepala, smash sampai patah tulang pehtu kerambit urat keting itu pon dah banyak keje

awanysss Publish time 1-10-2021 01:18 PM

aku save no phone peronda kawasan aku..
bila kau call, yg jawab tu peronda, takyah call balai
so inshaallah cepat sikit kot responnye..

aku dah berkali2 call dorang.. nmpk anjing mati tepi jalan pun aku call kan

SedihPedih Publish time 1-10-2021 03:44 PM

dlm situasi cemas mcmni..

i'll do anything to protect my parents dari cedera, macamana diorang gigih besarkan i and masih care anak2 walaupun masing ada kehidupan sendiri..

kalau mati i sebab menjaga diorang, itu sacrifice yg i myself akan bangga walaupun my parents akan sedih..

weh..i dh la rindu my parents, adakala nk drop everything and balik kerja kt kg..

uols tya mcm ni mmg xde apa dh fikir, terus sebak sb rindu sgt2.....sorry la bg jawapan emo2 ni.. mmg koyak sis

edayildiz Publish time 2-10-2021 12:29 AM

i akan gigit jer kot sementara abam polis dtg..mitk jauh benda2 gini..keras kejung kalau jd..i rasa i yg pengsan dulu

nakkomenjugak Publish time 2-10-2021 05:10 AM

Serius kalau jadik camtu
Iol mesti cam ahhhh demmmmm kenapalah ni bukan murica
Kalau tak boleh laaa iol pakai pistol
Iol ambik segala pisau yang ada
Get ready jela
Pasrah laa mati ke apa yang penting mak ayah iol tak diapa2kan
Tapi kat malaya ada jual tak electric chainsaw?
Even orang berparang pun takot weh dengan benda ni
Sekali kena, habis

yondu Publish time 3-10-2021 08:01 AM

hb i ajar, kalau lelaki tendang sekuat hati dkt kelengkang dia tu. kalau ada benda tajam dkt tgn, sila attack lutut si penyerang bodo tu. jgn buat smpai mati, kang u yg kena caj mmbunuh. sama la mcm kena rogol, u jgn bunuh perogol tu, nt kena caj mmbunuh, sila cederakan lutut je. undang2 mlysia negaraku trcinta ni pelik sikit.
sama la mcm u nmpk kes samun, u dlm kereta, so u kejar pnyamun tu dan langgar dr blkg, dummm penyamun mati, u dicaj sbgai mmbunuh. so lnggr bg jatuh je, bia org rmai tngkap, cl polis. nt i tny blk ms bila yg kita blh bunuh pnjahat ni, sb yela da skit hati kn, takut trlebih tikam, mati lak org tu

adila39 Publish time 3-10-2021 11:30 PM

maybe x sempat nak pikir akan react ikut reaksi spontan otak dan tubuh badan kita...sebab tu bfr jadi gitu try elak dgn pastikan before tido pintu rumah all berkunci dan baca doa apa patut..semoga kita semua tidak lalui musibah yg begitu

copy_paste Publish time 4-10-2021 10:01 AM

guna barang tumpul sebagai senjata,contoh kayu golf
kalau mati pun penyerang atas sebab korg mempertahankan diri,
yg jd salah tu kalau guna pedang,parang dan senjata api....

kat TT ade sorg peguam ni dah bgtau mengenai soalan mcm ni,ada akta dia

Hidungkembang Publish time 4-10-2021 11:24 AM

Tq guys.

Aku tanya dekat sini sebab aku duduk serumah dengan orang yang kalau diusik. Akan mengamuk macam orang gila. Aku takut juga dengan dia tu sebenarnya. Sebab orang main dadah ni memang lain macam kalau triggered. Jenis kalau tumbang pun, dia akan bangkit dan melawan balik. Serammmm

Tengah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Kot kot berlaku situasi ni. Aku cuba control untuk tak terlalu memukul / membunuh. Kalau nak pukul , pukul dalam rumah. Risau juga kot kot aku pertahankan diri. Hujung hujung anak dia ni masuk penjara. Siapa lah yang nak tengokkan mak/ayah aku. Huhuhu sedih.

Hidungkembang Publish time 4-10-2021 11:27 AM

SedihPedih replied at 1-10-2021 03:44 PM
dlm situasi cemas mcmni..

i'll do anything to protect my parents dari cedera, macamana diorang g ...

Sorry sis. Jangan sedih sedih.

Kalau saya pun. Memang sedih jugak memikirkan nya. Lagi lagi parents saya dah tua dah. Kalau boleh nak pengakhiran yang elok. Taknak lah bunuh bunuh ni. Seram lah. Minta jauh lah dari bunuh semua ni.

lesprincesse Publish time 17-10-2021 09:17 PM

Soklan ni tak bodoh and I always pkir benda sama. But more for myself. Hubs mmg travel a lot dulu so masa mula2 dulu pindah rumah landed iols mmg takut gak sebab takut org masuk rumah masa hubs takde.
First thing i do- install extra lock kat pintu bedroom. Extra lock yg accesible from inside je. So tiap kali hubs travel iols mmg balik je kerja - usually iols tapau or makan siap2, and lock rumah and terus lock myself in my room…
Mmg siap buat plan kalau ada dgr bunyi pelik2 i pikir where i nak nyorok or patut ke lompat keluar from balcony.

And rasa iols kalau so happens iols ada ngan parents mmg iols protect my parents at all cost. And its true mcm forumer atas shaee, according to self defense class i attend tu kita kena attack attacker tu where it will hurt them most but wont kill them. Antara places to attack is crotch area.. atau mata… step 1 attack them to stop thembeing able to attack us. When they are in temporary disable state tu kita kena cepat2 run or seek help.

Lama gak iols phobia cam tu for a years.. but now that security is better and dah taman dah fully gated , neighbors pun dah kenal quite well so iols taklah phobia sangat dah..

aiva Publish time 18-10-2021 10:49 AM

depend pada situasi
kalau orang tu serang pakai senjata sebelum jerit aku pastika mak ayah aku tak terkena serangan tu tarik dorang ke atau suruh dorang lari ke lepas tu
jeritlaa sekuat hati POLIS POLIS
TOLONG TOLONG
bagi jiran dengar

kalau dia serang mulut ayat macam tak puas hati
serang laa mulut gak jadi garang laa tak beradab datang rumah orang nak sound sound orang
lepas tu ugutlaa call polis sebab menggangu ketenteraman awam

baca laa ayat pendinding ayatulQursi utk elak perkara perkara macam ni

najib888 Publish time 1-11-2021 04:56 PM

Takek kaki atau tangan dia.. kerat telinga..

mclaren Publish time 4-11-2021 10:42 PM

Kalau saya, sembur penjahat tu dengan pepper spray. Kat rumah memang dah spare siap2.
Pages: [1]
View full version: Korang akan buat apa kalau berlaku situasi ni?


ADVERTISEMENT