Raline Publish time 1-10-2021 12:02 PM

Kasut Hafizh Syahrin jadi tumpuan

Kasut Hafizh Syahrin jadi tumpuan


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/pascao_1633004506.jpg

Kuala Lumpur: Kasut yang dipakai Hafizh Syahrin Abdullah menarik perhatian peminat dan warganet di laman sosial berbanding tempat pelumba Moto2 negara itu bergambar.

Hafizh memuat naik gambar dia di depan Hollywood Walk of Fame peninju legenda dunia Muhammad Ali sebelum turun beraksi pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Americas di Austin, Texas hujung minggu ini.

Namun apa yang mencuri tumpuan warganet adalah sepasang kasut yang disarung pelumba berusia 27 tahun itu kerana di sebelah kanan berwarna hitam manakala kasut di sebelah kiri berwarna putih.

"Bang, kasut tertukar tu," komen @Azmer namun @muhd._.daus membalas: "Brader tu penat sangat barangkali," manakala @kuncahanya berkata "tertukar dengan kasut Ali ke?

"Peminat lain @danielpastranaa bertanya "kenape pakai kasut sebelah lain sebelah lain bro? Nak cepat la tu," dibalas @imran_anuar yang menyatakan "trend sekarang bro."

Seorang warganet @muhamadazni melahirkan rasa kagum dengan penampilan Hafizh dan memberi komen "fuhhh.. setail kemain" manakala @itsirfan___ menyatakan "ni mesti rembat kasut kat masjid.

"Tidak kurang juga memberikan komen mengenai Walk of Fame Muhammad Ali, peninju heavyweight beragama Islam dari Amerika Syarikat yang meninggal dunia pada 3 Jun 2016.

"Letak nama kat dinding sebab tak nak orang pijak nama Muhammad tu. Major respect to him. Al-Fatihah untuk Muhammad Ali," komen @deenrusly57.

"Tak silap Muhammad Ali saja yang bintang dia dekat dinding kan," tulis @hisyam_mat.Peminat @iam.anwarfikri pula menulis "legenda Khabib ada bergambar kat sini hari tu," merujuk kepada bintang UFC beragama Islam dari Rusia, Khabib Nurmagedov.

Hafizh, yang mewakili NTS RW Racing GP musim ini, setakat ini mengumpul lapan mata dengan pencapaian terbaik pada GP Itali di Mugello Mei lalu apabila dia mengakhiri perlumbaan di tangga kesembilan. Perlumbaan musim ini berbaki empat.


Sumber:https://www.hmetro.com.my

nakkomenjugak Publish time 2-10-2021 04:54 AM

Lohhhhh sedehhhh nya netijen
Memang kasut tertukar ni fesen mehh

Lupa ke scene KKKG si Pooja nak gi klubing tapi kasut lain2 tuu?
:$;P

Ayda89 Publish time 20-11-2021 10:52 AM

Wife dia dah pregnant kan. Congrats hafizh & suzana!:$
Pages: [1]
View full version: Kasut Hafizh Syahrin jadi tumpuan


ADVERTISEMENT