xpdckelate Publish time 30-9-2021 06:20 AM

Marquez harap tuah di Austin

Texas: Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez dan Pol Espargaro semakin mempamerkan peningkatan prestasi menjelang persediaan untuk perlumbaan Grand Prix (GP) Americas di Austin, minggu ini.

Marquez menang di Sachsenring dan menduduki tempat kedua di belakang Francesco Bagnaia di Aragon sebelum juara dunia lapan kali itu menduduki tempat keempat di Misano.

Aksi konsisten yang dipamerkan Marquez di sebalik kesukaran yang dialami pada tangan kanannya adalah sesuatu yang menakjubkan.

Ini adalah kali pertama MotoGP kembali ke Amerika Syarikat (AS) sejak 2019 berikutan pandemik Covid-19.

Bercakap menjelang pusingan perlumbaan yang menyaksikannya pernah menang enam kali, Marquez berkata: "Saya memang menantikan perlumbaan di Austin dan kami tiba di sini dengan keputusan positif di Aragon dan kemudian Misano.

"Ia adalah litar yang saya gemari dan kami sudah meraih banyak kejayaan di sini tetapi kali ini agak berbeza.

"Seperti biasa, amat penting untuk kami melihat perkembangan jentera minggu ini dan kemudian apa yang perlu dilakukan pada perlumbaan Ahad ini." - HMetro

xpdckelate Publish time 30-9-2021 06:21 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/marc0_1632886919.jpg
MARC Marquez. FOTO AFP
Pages: [1]
View full version: Marquez harap tuah di Austin


ADVERTISEMENT