CARI-MRO Publish time 29-9-2021 08:49 AM

Kesian, PU Abu Jadi Content Gara-Gara Pendakwah Disiasat Kes Gangguan Seksual -

Gara-gara pernah viral disebabkan kisah rumah tangga, nama Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dikaitkan pula dengan kes melibatkan pendakwah terkenal yang kini disiasat atas tuduhan gangguan seksual.


Abu atau nama sebenarnya Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi memohon agar semua pihak berhenti menjadikan kisahnya sebagai kandungan untuk mengulas isu yang sedang berlaku.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/29/084852zkwyy4030037k00z.pngFoto: IG






"Saya terpanggil untuk bercakap mengenai isu ini sebab nama saya turut dikaitkan. Saya hanya ingin meminta semua pihak tidak kaitkan saya dengan isu ini.


"Sebelum ini saya pernah viral tapi isu melibatkan peribadi dan sebab itu orang buat 'troll'. Tapi isu pendakwah terkenal itu melibatkan undang-undang.


"Jadi, biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan. Tak perlu nak kaitkan dengan orang lain atau ulas isu ini," katanya kepada mStar.




https://www.instagram.com/p/CO0BIvopNvC/


Sebelum ini, PU Abu pernah menjadi viral gara-gara kontroversi menceraikan isteri pertama ketika sedang hamil dan berkahwin dengan wanita lain.


Selain PU Abu, nama Da'i Syed dan Da'i Farhan turut dikaitkan dengan isu melibatkan pendakwah terkenal tersebut.


Menerusi laporan mStar, polis telah membuka siasatan berikutan penyebaran video dan mesej yang didakwa mempunyai kaitan dengan seorang personaliti dakwah.


https://www.instagram.com/p/CNXUC5Spyid/


Kes itu disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).


Dalam pada itu, PU Abu turut melahirkan rasa kecewa apabila terdapat segelintir pendakwah selebriti dan influencer yang mengambil kesempatan untuk mengulas isu tersebut.


PU Abu berpendapat isu tersebut tidak sepatutnya diulas di media sosial memandangkan ia masih dalam siasatan polis.




https://www.instagram.com/p/CFcZ6ecprU4/


https://www.instagram.com/p/CDaTUzZpN4d/


"Saya perasan ada segelintir pendakwah selebriti dan influencer turut mengulas mengenai isu tersebut. Bagi saya, tidak perlu sebenarnya.


"Kes itu pun masih dalam siasatan polis. Nasihat saya, janganlah ambil kesempatan atas apa yang berlaku. Lagi kita ulas, seperti membuka ruang untuk fitnah.


"Biar hanya dua pihak saja terlibat iaitu pihak yang memperjuangkan hak mangsa wanita dan pihak berkuasa yang menyiasat kes tersebut," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online

trexxxxxi Publish time 29-9-2021 08:55 AM

Tak perlu ulas konon
Hang pun haprak

nakkomenjugak Publish time 30-9-2021 05:46 AM

Ppppffttttt
Pernah tengok cermin tak ko?

Jiddin Publish time 1-10-2021 11:42 AM

Geng2 mcm ni cuma ulas isu2 berkenaan wanita tertentu yg memerlukan usaha berubah itu mai dari wanita. Isu2 yg melibatkan para lelaki berubah, depa jarang mau sentuh. Mungkin pengamal bro before ho.

CtMaryam123 Publish time 1-10-2021 11:58 AM

trexxxxxi replied at 29-9-2021 08:55 AM
Tak perlu ulas konon
Hang pun haprak

hahaha dok bergambar tak berenti

getredmarket Publish time 2-10-2021 05:54 PM

With in-house staff, you're probably going to rely upon a solitary showcasing and publicizing individual to deal with every single special undertaking. At the point when you employ land promoting organizations, real estate advertising agencies you have a group of master computerized advertisers working for you with their insight and involvement with your removal. Land publicizing offices connect full-time experts to carefully explore and make the best promoting procedures for your organization.

woodleighresi Publish time 22-10-2021 05:54 PM

The exceptionally pined for Bidadari home, the woodleigh residencesbought by top biddersSingapore Press Holdings (SPH) and Kajima Development, has been reported as thesite for a forthcoming townhouse called The Woodleigh Residences.
Pages: [1]
View full version: Kesian, PU Abu Jadi Content Gara-Gara Pendakwah Disiasat Kes Gangguan Seksual -


ADVERTISEMENT