xpdckelate Publish time 29-9-2021 07:38 AM

McLaren akui bukan silap Norris

SOCHI – Pasukan McLaren meng-akui kecewa apabila terlepas peluang keemasan untuk melihat pelumbanya, Lando Norris meraih kemenangan sulung dalam saingan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Rusia malam kelmarin.

Pada saingan tersebut, Norris hampir untuk menjulang kemenangan selepas mendominasi sebahagian besar perlumbaan, namun kesilapan tidak menukar tayar ketika hujan pada penghujung perlumbaan mera-napkan impiannya untuk muncul juara.

McLaren telah mengarahkan Norris untuk memasuki hentian pit untuk menukar tayar, tetapi pemandu berusia 21 tahun itu berkeras untuk kekal meneruskan perlumbaan.

Bagaimanapun, tindakan itu memakan diri apabila hujan semakin lebat dan Norris terbabas sekali gus memberi ke-lebihan kepada Lewis Hamilton (Mercedes) untuk muncul juara selepas terlebih dahulu memasuki pit untuk menukar tayar.

Prinsipal pasukan, Andreas Seidl menegaskan situasi tersebut adalah sebahagian daripada pembelajaran buat Norris apabila sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh keseluruhan.

“Dia (Norris) tahu ini adalah sebahagian daripada pembelajaran berguna kepadanya. Kesilapan tersebut bukanlah ditanggung Norris sendirian tetapi pasukan ini juga.

“Pasukan mempunyai hak -untuk menolak permintaan pelumba berdasarkan maklumat yang kami peroleh. Kami bersama-sama membuat keputusan untuk dia kekal berada di litar dengan meneruskan perlumbaan.

“Saya fikir Mercedes juga menunggu peluang terbaik kerana ketika itu Hamilton berada di kedudukan kedua. Kami bertekad untuk muncul juara pada hari ini dan sebab itu kami memutuskan untuk kekal dalam saingan.

“Ini keputusan yang kami buat bersama-sama. Hasilnya, kami gagal untuk meraih kemenangan di sini. Kami akan melakukan analisis dan belajar daripada kesilapan ini,” kata Seidl yang bertekad untuk bangkit menje-lang perlumbaan seterusnya di GP Turki pada 10 Oktober nanti. – AGENSI

xpdckelate Publish time 29-9-2021 07:39 AM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/1lead-F1-f.jpg
NORRIS menguasai sebahagian besar perlumbaan, namun kesilapan tidak menukar tayar ketika hujan pada penghujung perlumbaan membuatkan dirinya terlepas kejuaraan di GP Rusia kelmarin. – AFP
Pages: [1]
View full version: McLaren akui bukan silap Norris


ADVERTISEMENT