redseven Publish time 28-9-2021 02:24 PM

Akhir Zaman - Era Fitnah, Mengumpat, Mencaci, Merendah-rendahkan Orang, Mendedah

Tgk kat mana2 pun...gosip, membawang dan cerita ttg aib orang lain ada di mana-mana...siap jadi siri TV...jadi forum..jadi sembang santai yg dipertontonkan...sama2 share dosa ...facebook, twitter, instagram, internet, chat, drama, filem, artikel, buku, banner, flyer dan lain-lain....patut la bala & hukuman melanda dunia..penuh dgn dosa & maksiat... yg buat dosa dan menyokong dosa makin harimakin bertambah & lebih ramai dari orang yg berbuat kebaikan & menyokong kebaikan...

Firman Allah SWT
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

al-Hujurat:12

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ؟ قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ، قَالَ: ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ

Maknanya: “Adakah kamu tahu apakah itu mengumpat?.” Para sahabat berkata: Hanya Allah dan Rasul-Nya yang mengetahuinya. Nabi SAW bersabda: “Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya.”


Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 19:

“Sesungguhnyaorang-orangyangsukamenghebahkan tuduhan-tuduhanyangburukdalamkalanganorangyangberiman,merekaakan beroleh azabyangamat pedih di dunia dan di akhirat danAllah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui”.

Rasulullah SAW menjelaskan, tatkala ditanya oleh seorang sahabat,
"Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda, "Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu di belakangnya!". Kemudian Baginda ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan itu benar?" Jawab Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka itulah ghibah, tetapi sekiranya perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)." ~ Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi.
Pages: [1]
View full version: Akhir Zaman - Era Fitnah, Mengumpat, Mencaci, Merendah-rendahkan Orang, Mendedah


ADVERTISEMENT