R2D2 Publish time 27-9-2021 11:26 PM

Pra-tempah Microsoft Surface Go 3. Harga RM1,888

Pra-tempah Microsoft Surface Go 3 Untuk Pasaran Tempatan Dibuka Pada Harga Permulaan RM1888
Diterbitkan pada 27 Sep 2021. oleh Nazrin.

Beberapa hari lalu, Microsoft telah memperkenalkan sejumlah peranti tablet mereka yang mana salah satu daripadanya ialah tablet mampu-milik Microsoft Surface Go 3, yang hadir dengan rekaan sama seperti sebelum ini, tetapi mempunyai komponen dalaman yang dikemaskini.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/Surface-Go-3-Pen-1536x815.jpg.webp

Pra-tempahan untuk tablet tersebut nampaknya telah dibuka secara senyap hari ini melalui kedai atas talian Microsoft Malaysia di Shopee dan juga Lazada. Nextrift melaporkan bahawa Microsoft Malaysia akan membawa masuk kedua-dua model yang dikuasakan Intel Pentium Gold 6500Y dan juga Intel Core i3-10100Y, dengan memori sehingga 8GB dan storan sehingga 128GB.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/Surface-Go-3-Lazada-1536x754.jpg.webp

Melalui pilihan yang dapat dilihat pada kedua-dua kedai atas talian ini, tablet Microsoft Surface Go 3 ini hadir dengan dua penawaran untuk model dengan CPU Pentium Gold 6500Y, iaitu satu dengan memori 4GB dan storan 64GB pada harga RM1888, manakala model kedua hadir dengan pilihan memori 8GB dan storan 128GB pada harga RM2588. Model ketiga yang dilengkapi dengan CPU Intel Core i3 hadir dengan penawaran asas memori 8GB dan storan 128GB boleh ditempah pada harga RM2988.

Dari apa yang dapat dilihat, anda boleh mula pra-tempah tablet ini sekarang, dan ia akan mula tiba secara rasmi di pasaran Malaysia pada 5 Oktober 2021 kelak.

(Sumber: Nextrift)

sarah82 Publish time 28-9-2021 01:06 AM

Aku nak habaq.. Bulan 10 ni nokia keluarkan 1st tab dia;P;P
Pages: [1]
View full version: Pra-tempah Microsoft Surface Go 3. Harga RM1,888


ADVERTISEMENT