Lilrose Publish time 27-9-2021 01:06 PM

Anak Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Bakar Pusara Bapa

Selalu kita dengar kisah adik-beradik berpecah belah atau putus saudara disebabkan tidak berpuas hati dengan pembahagian harta pusaka.


Samalah juga dengan satu kisah di negara jiran yang turut tular di TikTok.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/27/130401diu5eiizidw5ehg1.png


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/27/130403c46xcn1ckz3yeokd.pngKredit foto: TikTok





Lebih dahsyat, rakaman itu menunjukkan kawasan perkuburan berasap selepas sebuah pusara dibakar anak penghuninya yang tidak berpuas hati hanya sedikit harta warisan jatuh ke tangannya.


Kerana harta dunia, individu itu turut tergamak merosakkan batu nisan bapanya.




202109up_1632717882193


Tindakan dipercayai bukan kali pertama berlaku itu mencetuskan kemarahan warganet.


Kecewa, marah dan perasaan sedih bercampur baur melihat seorang anak hilang akal hanya kerana tidak berlapang dada dengan jumlah harta pusaka peninggalan orang tua yang diwariskan kepadanya.


Pun begitu, ada yang mengakui memang berasa sakit hati jika tidak dperlakukan dengan adil.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/27/130159c46eog3mv294imij.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/27/130159o6t2zat6qbqtu6qz.pngKredit foto: TikTok




Semoga dia mendapat balasan setimpal. - CARI

Kurex Publish time 27-9-2021 02:04 PM

Oh Tuhan...

Jangan berebut harta pusaka. Iols siap pesan2 dekat mak ayah iols, iols tak dapat pun takpe. Sebab takut bergaduh adik beradik. Simpan harta sendiri, biarpun lambat, tak banyak & diperlekehkan, sekurangnya tak bergaduh adik beradik

helicornia Publish time 27-9-2021 05:46 PM

Adoi berita indon lagi ke

nakkomenjugak Publish time 27-9-2021 10:10 PM

Biarkan deme sesama ummah yendon setelkan

jas7512 Publish time 28-9-2021 12:01 AM

Sibuk nak harta pusaka..ntah masa hidup org tua tu bkn kisah pun nak jags tapi sibuk nak berebut harta peninggalan..carilah harta sendiri bangang...patutnya harta mak bapak tu wakaf je utk saham akhirat...ni sibuk harta dunia...i despise people like this

TabletSusu Publish time 30-9-2021 07:15 PM

Kurex replied at 27-9-2021 06:04 AM
Oh Tuhan...

Jangan berebut harta pusaka. Iols siap pesan2 dekat mak ayah iols, iols tak dapat pun ...

ye.. betul ckp kurex.. carilah harta sendiri. jgn sibuk dgn harta makpak. pengalaman sy dgn org yg sy kenal.. salah sorg anak sibuk suruh apaknya jual rumah yg apaknya duduk skrg bila tau apaknya plan nak pindah duduk dkt dgn anak2 lain. pastu duit jual rumah tu, dia nak bhgn dia. tu apaknya masih hidup tu dah tunjuk perangai jembalang dia.
Pages: [1]
View full version: Anak Tak Puas Hati Dengan Pembahagian Harta Bakar Pusara Bapa


ADVERTISEMENT