novelloverzz Publish time 27-9-2021 11:39 AM

Tips tanaman subur tanpa baja

Edited by novelloverzz at 27-9-2021 11:40 AM

SERONOKNYA bila ibu-ibu yang suka bercucuk tanam melihat pokok hidup subur dan membesar. Lebih-lebih lagi, kalau suburkan tanaman tanpa baja.
Macam mana pula tu?

Rupanya, ada cara yang boleh bantu mak-mak yang suka menanam di rumah tanpa baja, hanya guna bahan organik saja. Ini pun sudah cukup untuk membantu gemukkan tanaman.
https://img.astroawani.com/2021-09/71632537878_organik.jpg


Inilah antara yang dikongsikan oleh Yna White, cara dia suburkan tanaman tanpa baja dan menggunakan semburan serangga organik saja.


Boleh ikut cara dia. Mesti geram bila melihat hasil tanaman yang gemuk dan subur.


Awal pagi di kebun dan alhamdulillah melihat pokok-pokok subur menghijau.


Ada cara nak suburkan tanaman tanpa baja kimia. Ini saya kongsikan.


Bukan Baja Kimia
Sejujurnya saya tak pakai apa-apa baja kimia, hanya gunakan tanah hitam sawit original tanpa campuran.

Tanah hitam ini teksturnya lembab, berminyak dan padat. Jadi saya tambahkan pasir untuk bagi tanah tu tak padat dan peroi. Akar pun boleh bekerja dengan baik.

Tanah hitam ni dah berbaja, sekali sekala saya siramkan pokok-pokok ini dengan air basuhan beras, air nasi basi, basuhan ikan atau ayam.


Ramuan Pati Untuk Semburan
Racun serangga saya DIY sendiri saja. Alhamdulillah berkesan pada tananam. Antara ramuan pati yang saya gunakan ialah:
Guna 3 bahan sahaja:

1 botol mineral besar air nasi basi (ramas-ramaskan nasi basi tu dengan air, lagi pekat lagi bagus) + 1 labu bawang putih (tak perlu kupas) + 1 paket kecil ajinomoto
Blenderkan semua, tapis dan simpan dalam botol mineral. Kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam peti ais.

Bila nak guna, masukkan sedikit pati dalam botol spray + air paip. Goncangkan, sentiasa spray pada-pokok.


Tips

[*]Selain boleh menghalau serangga, ia juga boleh suburkan & gemukkan pokok.
[*]Waktu yang sesuai untuk spray racun serangga organik ini lepas siram waktu pagi.
[*]Jangan spray dahulu sebelum siram pokok dan jangan lupa siram 2x sehari.
[*]Sentiasa trim buang daun-daun yang tidak sihat dan sakit.

Inilah hasil tanaman saya 100% organik tanpa baja & racun kimia.


Semoga bermanfaat."

Sumber: Yna White

Kredit: https://www.astroawani.com/gaya- ... ikan-caranya-321528




ghalibboy Publish time 1-10-2021 05:54 AM

Kalau ingat ikut juga petua siram air beras . Selalu lupa

Ponold Publish time 26-2-2022 02:17 PM

If you want to give your plants a good chance at success, don't overwater them. Watering your plants too much can cause their roots to rot, which will lead to stunted growth. Instead, water your plants only when needed.

ghalibboy Publish time 16-3-2022 03:30 PM

Ramai yang cadang air basuhan ikan juga. Saya selalu buang kulit bawang, sayuran yg sudah layu, kulit telor dllkedalam pasu
Pages: [1]
View full version: Tips tanaman subur tanpa baja


ADVERTISEMENT