sarah82 Publish time 26-9-2021 02:17 PM

Ikan sumbat nyiur

https://imageshack.com/i/pnIj39lOj

Bahan :
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 cawan nyiur/ kelapa parut
2 asam keping
1 sudu teh serbuk kunyit @ boleh juga guna kunyit hidup lagi kick
3 ulas bawang putih
2 biji bawah sederhana besar
5 batang serai
10 biji cabai melaka @ cilipadi
Garam dan gula secukup rasa
Air nyiur kalau ada
Ikan cencaru / termenung

Cara penyediaannya :
1. Kisar serai, cabai melaka,bawang putih,bawang merah,serbuk @ kunyit hidup,jintan manis,jinta putih dan nyiursehingga semua bahan sebati.

2. Masukkan bahan kisar tadi dlm periuk dan masak api sederhana besar. Tambah bahan2 perasa, asam keping dan air nyiur utk bagi lagi sedap.. Masak sehingga air kering. Biarkan sejuk.

3. Gaulkan garam kunyit pada ikan cencaru a ikan termenung dah dibelah belakang dan sumbatkan inti nyiur yg kita masak tadi.

4. Panaskan minyak dan goreng hingga masak.Boleh juga nak bakar.

Inti Nyiur

https://imageshack.com/i/poUxFg7Sj

Ikan termenung sederhana besar yg dah disumbat inti

https://imageshack.com/i/pm1YIniXj

https://imageshack.com/i/pn9JAqVIj


Hasil kejadian

https://imageshack.com/i/pnG2USK5j

https://imageshack.com/i/pnd3lhSgj

Inti ni boleh sumbat 13 ekor ikan termenung sederhana besar.

acikbrown Publish time 27-9-2021 08:55 PM

Fave menu ni. Ratah saja pun boleh habis sekor ikan.

sarah82 Publish time 27-9-2021 09:59 PM

acikbrown replied at 27-9-2021 08:55 PM
Fave menu ni. Ratah saja pun boleh habis sekor ikan.

Betul.. Kalau ada deep freezer.. Boleh buat banyak inti nyiur tu dan sumbat kat ikan bila nak makan keluarkan defrost dan goreng.

Esk nak masak laksa kedah versi tumis.

acikbrown Publish time 27-9-2021 10:10 PM

sarah82 replied at 27-9-2021 09:59 PM
Betul.. Kalau ada deep freezer.. Boleh buat banyak inti nyiur tu dan sumbat kat ikan bila nak maka ...

Tak pernah rasa lagi laksa tumis. Semalam buat laksa utara juga. Sambung makan hari ni.

sarah82 Publish time 27-9-2021 10:18 PM

acikbrown replied at 27-9-2021 10:10 PM
Tak pernah rasa lagi laksa tumis. Semalam buat laksa utara juga. Sambung makan hari ni.

Esk kalau jadi.. Iols buka thread.

noorhairiahma Publish time 29-9-2021 12:07 PM

Bakar lagi sedap. I suka bakar sebab lagi juicy gitu.

sarah82 Publish time 29-9-2021 12:26 PM

noorhairiahma replied at 29-9-2021 12:07 PM
Bakar lagi sedap. I suka bakar sebab lagi juicy gitu.

Bakar mmg sedap.. Tapi iols x makan sangat ikan Bakar.

noorhairiahma Publish time 29-9-2021 12:37 PM

sarah82 replied at 29-9-2021 12:26 PM
Bakar mmg sedap.. Tapi iols x makan sangat ikan Bakar.

Kenapa kaka?

Sebab ada rasa hanyir2 macam tak masak ke?

I tak berapa suka goreng sebab nanti ikan tu kering and keras. Boleh je i nak goreng jangan sampai garing sangat tapi i prefer yang bakar. Isi lembut and ada bau bakar2 tu sedap membangkitkan selera. Ha, gitu.

sarah82 Publish time 29-9-2021 03:58 PM

noorhairiahma replied at 29-9-2021 12:37 PM
Kenapa kaka?

Sebab ada rasa hanyir2 macam tak masak ke?


Yap.. Rasa x masak..

Revolver Publish time 1-10-2021 11:21 AM

Lama x buat ikan sumbat ni. Dulu pantang ada ikan kembung besar mesti buat ni

sarah82 Publish time 1-10-2021 02:38 PM

Revolver replied at 1-10-2021 11:21 AM
Lama x buat ikan sumbat ni. Dulu pantang ada ikan kembung besar mesti buat ni

Sedap kan.. Teringin sangat tu yg buat..

Revolver Publish time 1-10-2021 09:40 PM

sarah82 replied at 1-10-2021 02:38 PM
Sedap kan.. Teringin sangat tu yg buat..

Kalau Rev buat pulak, Rev kikis isi kembung tu dulu. Buang tulang tengah tu pastu isi ikan tu gaul sekali dgn bahan2 lain baru lepas tu sumbat balik dlm ikan.

Lagi terasa sedap...Tapi nk kikis isinya tu kena hati2 la... Silap2 koyak kulitnya. Tp kikis pun x payah sampai nipis.

Nanti Sarah try la

sarah82 Publish time 1-10-2021 10:44 PM

Revolver replied at 1-10-2021 09:40 PM
Kalau Rev buat pulak, Rev kikis isi kembung tu dulu. Buang tulang tengah tu pastu isi ikan tu gaul ...

Hihihi.. Wokies.. Nanti cuba.. Mesti sedap...

soniyarai Publish time 13-10-2021 08:04 PM

Hire a variety of hot models in Delhi to create amazing moments in your life so visit now.
Aerocity Escorts Service
Gurgaon Escorts
Escorts in Dwarka
Hauz Khas Call Girls
Escorts Punjabi Bagh

soniyarai Publish time 13-10-2021 08:06 PM

If you are live in Delhi and find a perfect area to complete all adult fantasy so visit our website and get hot models at your comfort place now.
Call Girls in Aerocity
Connaught Place Escorts Service
Dwarka Escorts
Escorts in Green Park
Hauz Khas Call Girls

kitmal Publish time 20-10-2021 07:49 PM

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak cuba

sarah82 Publish time 29-10-2021 09:24 AM

kitmal replied at 20-10-2021 07:49 PM
sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak cuba

Yum2..Bakar pun sedap.. Tapi kak sarah suka goreng lagi.
Pages: [1]
View full version: Ikan sumbat nyiur


ADVERTISEMENT