Raline Publish time 26-9-2021 10:46 AM

Suami cerai isteri kerana malas mandi

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/cerai-isteri.jpg
Pasangan itu akan bertengkar setiap kali si suami meminta isterinya untuk mandi setiap hari. - Pixabay

Suami cerai isteri kerana malas mandi


NEW DELHI – Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.

Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.

“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.

Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.

“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.

“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.

Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang. – AGENSI

Sumber:https://www.kosmo.com.my

cucutokwan89 Publish time 26-9-2021 10:58 AM

Tak paham org yg malas mandi ni :dizzy:
Tak rasa nak bersihkan diri ke? Seharian buat xtvt itu ini, berpeluh bagai, makan mcm2.

_blackbird Publish time 26-9-2021 11:12 AM

igt uttar pradesh igt blasoff

biskutraya Publish time 26-9-2021 11:51 AM

Boleh pulak die malas mandi ek.. dah la india tu panas berdenting.. lepas tu ke sana ke sini, berpeluh2.. huhu.. kalau malas bukak paip g jela terjun dlm sungai tu haa..

imanjannah Publish time 26-9-2021 12:15 PM

mna org tu tak marah, busuk kot, sapa tahan, untung lah suami tu bertahan hingga dua tahun.. emmm.. mcm2

alieyrina Publish time 26-9-2021 12:51 PM

Mandi pun masih bau kari..inikan pulak x mandi :L

Dorotheas Publish time 26-9-2021 12:58 PM

Agaknya laki dia pun tk mandi sama busuk jugak

Scheherazade Publish time 26-9-2021 09:26 PM

Klu dah suaminya ceraikn dgn talak 3, camana nk pujuk lg? Pelik gak org mls mandi ni, kan ke basic personal hygiene tu

edayildiz Publish time 26-9-2021 09:45 PM

agama lain pun ada talak 3 jugak ye

Meiizu Publish time 26-9-2021 09:46 PM

saja je kot sebab taknak emmm dgn laki dia

matchstick Publish time 26-9-2021 09:50 PM

busuk kohong la x mandi duk negara cuaca panas makanan ruji kari plak tu

nakkomenjugak Publish time 27-9-2021 01:27 AM

Yihhhhhhhhh

Ko pikir ko tu berbau dior perfume sejak lahir???

ctkaty Publish time 27-9-2021 01:37 AM

Adoi. Pengsan

airisa Publish time 27-9-2021 06:33 PM

diorg bukan bau kari sangat ... diorg suka makan bawang mentah .. bawang tu memang la rasa manis banding sini .. tapi kesan pada body odour tu yg tak tahan ...

BlackOpium Publish time 27-9-2021 08:55 PM

Uishh..tak rasa melekit ke malas nak mandi tu?

skippy Publish time 27-9-2021 09:58 PM

edayildiz replied at 26-9-2021 09:45 PM
agama lain pun ada talak 3 jugak ye

tak, india nun bukan agama hindu je ada. ramai gak muslim kt sana.

Gomea Publish time 27-9-2021 11:34 PM

Teringat tengok cerita crime patrol. Ade satu episod tu, pelakon wanita tu cakap dia suka bau badan marka dia. Aku tengok pakwe dia ketiak berlecak je. Agaknya bagi dorang bau ketiak tu wangi kot. Sebab tu rata2 citer tamil ke hindustan ke mesti ketiak berlengas

edayildiz Publish time 27-9-2021 11:39 PM

skippy replied at 27-9-2021 09:58 PM
tak, india nun bukan agama hindu je ada. ramai gak muslim kt sana.

ye lah:$

Pages: [1]
View full version: Suami cerai isteri kerana malas mandi


ADVERTISEMENT