xpdckelate Publish time 26-9-2021 07:58 AM

Sepupu Vinales maut nahas di Jerez

Paris: Pelumba muda Sepanyol, Dean Berta Vinales meninggal dunia hari ini ketika beraksi pada perlumbaan di Litar Jerez, umum penganjur Kejohanan Superbike Dunia (WSBK), hari ini.

Pelumba berusia 15 tahun itu yang juga sepupu kepada pelumba MotoGP, Maverick Vinales terbabit dengan kemalangan pada perlumbaan pertama kelas WorldSSP300 dan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian dada serta kepala.

Ia adalah musim pertamanya beraksi di kelas itu.

Dia beraksi bersama pasukan Vinales Racing yang diuruskan oleh Angel Vinales iaitu bapa Maverick.

Sebelum ini seorang lagi pelumba Sepanyol berusia 14 tahun, Hugo Milan meninggal dunia Julai lalu di perlumbaan European Talent Cup dekat Litar Motorland Aragon.

Pada Mei lalu, pelumba Switzerland, Jason Dupasquier, 19, meninggal dunia ketika sesi kelayakan Kejohanan Dunia Moto3 di Grand Prix Itali dekat Mugello. - HMetro

xpdckelate Publish time 26-9-2021 07:59 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/dean6_1632582458.jpg
DEAN Berta Vinales. FOTO WSBK

noor2 Publish time 26-9-2021 08:03 AM

Mudanya baru 15...tgk.rupa dah mcm 20an..

xpdckelate Publish time 26-9-2021 08:08 AM

noor2 replied at 26-9-2021 08:03 AM
Mudanya baru 15...tgk.rupa dah mcm 20an..

mat salleh kan umur belasan dh nampak mcm dewasa

noor2 Publish time 26-9-2021 08:19 AM

xpdckelate replied at 26-9-2021 08:08 AM
mat salleh kan umur belasan dh nampak mcm dewasa

Nampak hensem...RIP....

JohnyEnglish Publish time 26-9-2021 10:24 AM

RIP.bahaya kje ni setaraf food panda dan grab
Pages: [1]
View full version: Sepupu Vinales maut nahas di Jerez


ADVERTISEMENT