Raline Publish time 25-9-2021 08:44 AM

Resipi Ayam Goreng Tomyam pasti tidur lena

Resipi Ayam Goreng Tomyam, Kena Cuba Buat Sebab Mudah & Sedap!

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-1024x551.jpg

Tiada idea nak masak menu apa menggunakan ayam? Jom cuba Resipi Ayam Goreng Tomyam ini. Jarang dibuat orang sedangkan rasanya sangat sedap, sesuai untuk penggemar masakan pedas.

Cara memasaknya juga tidak susah serta menggunakan bahan-bahan yang mudah. Boleh cuba masak untuk makan tengahari nanti. Lihat saja cara-caranya di bawah hasil perkongsian oleh Nurul Ateekah.

Resipi Ayam Goreng Tomyam


Bahan-bahan:
Ayam 1 ekor (dipotong dan dibersih)
5 sudu besar cili kisar
1@2 paket perencah tomyam
8 batang cili padi merah
8 batang cili padi hijau
1 batang serai (dihiris serong)
4 helai daun limau purut
1 biji tomato (dibelah 6)
1 labu bawang besar (dipotong bulat)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 cm lengkuas (dipotong)
Lobak merah(tambahan)
½ cawan air
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
Serbuk perasa (jika perlu)
Garam dan gula (jika perlu)

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-3-400x533.jpg

Cara memasak:
1. Lumurkan sedikit kunyit dan garam pada ayam. Goreng ayam sehingga masak dalam minyak panas secukupnya untuk menggoreng.

2. Bila ayam dah masak, angkatkan ayam. Guna minyak yang sama untuk menumis. (keluarkan sedikit minyak)

3. Tumiskan bawang putih, bawang merah, serai, daun limau purut dan lengkuas sehingga naik bau dan kekuningan.

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-4-400x400.jpg

4. Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak dan pecah minyak.

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-5-400x400.jpg

5. Kemudian, masukkan perencah tomyam, cili padi, sos tiram, sos ikan, perasakan dengan garam dan serbuk perasa (jika perlu) secukup rasa. Gaul rata.

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-6-400x400.jpg

6. Akhir sekali, masukkan lobak merah, ayam yang telah digoreng dan ½ cawan air. Biarkan ianya mereneh sebentar dan sedikit kering.

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-9-400x400.jpg

7. Angkat dan siap untuk dihidang. Selamat mencuba!

https://media.myresipi.com/2021/09/resipi-ayam-goreng-tomyam-2-400x533.jpg

Kredit: Nurul Ateekah
https://myresipi.com/resipi-ayam-goreng-tomyam-sedap/

edayildiz Publish time 28-9-2021 07:22 PM

mcm pedas jah

noorhairiahma Publish time 29-9-2021 12:05 PM

Ingatkan ayam goreng versi deep fried yang macam kfc tu. rupanya ada kuah2 sikit. nampak gambar macam menarik. macam sedap jugak.

mijot Publish time 2-10-2021 09:58 PM

noorhairiahma replied at 29-9-2021 12:05 PM
Ingatkan ayam goreng versi deep fried yang macam kfc tu. rupanya ada kuah2 sikit. nampak gambar maca ...

samalah...kita pun igt ayam goreng salut tepung perisa tomyam..
skali tgk resepi lebih kurang mcm masak paprik..
Pages: [1]
View full version: Resipi Ayam Goreng Tomyam pasti tidur lena


ADVERTISEMENT