Kena Goreng Dulu Baru Sardin Lagi Sedap,
Kena Goreng Dulu Baru Sardin Lagi Sedap, Siap Dengan Tips Elak Ikan Meletup-Letuphttps://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-1024x551.jpg
Siapa suka makan sardin? Satu lauk ni pun dah cukup makan dengan nasi putih. Memang cukup berselera! Tapi ramai tak tahu, kena goreng dulu ikan sardin baru sardin lagi sedap!
Tapi risau ikan sardin meletup-letup bila digoreng? Jangan risau, ada tips untuk menggelak ia berlaku. Kalau nak tahu tipsnya, jom lihat resipi sardin di bawah.
Cara Masak Sardin Lagi Sedap
Bahan-bahan:
Ikan sardin
Cili kisar (optional)
Setengah sudu gula
Bahan tumis:
Sebiji bawang besar dihiris nipis
3 biji bawang putih dihiris nipis
Beberapa ulas cili padi
Cara-cara:
1. Asingkan sardin dengan kuah. (jangan buang kuah)
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali menggunakan api kecil. Masukkan ikan ketika minyak belum betul-betul panas supaya ikan tidak meletup-letup. Tutup dengan penutup kuali. Tak perlu terbalikkan dengan kerap, 1 kali sahaja cukup.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-2-400x225.jpg
3. Guna minyak sedikit sahaja.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-3-400x225.jpg
4. Angkat ikan ke dalam pinggan. Ketepikan.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-4-400x225.jpg
5. Dengan menggunakan minyak lebihan tadi, goreng bahan tumis sehingga naik bau.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-6-400x225.jpg
6. Masukkan cili kisar. Masak sehingga sedikit garing. Masukkan juga setengah sudu gula.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-7-400x220.jpg
7. Masukkan kuah ikan sardin yang diasingkan tadi.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-8-400x220.jpg
8. Kemudian masukkan ikan sardin yang digoreng tadi.
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-9-400x225.jpg
9. Siap ikan sadin marvellous. Selamat mencuba!
https://media.myresipi.com/2021/09/cara-masak-sardin-10-400x220.jpg
Kredit: Rafiza Idayu
https://myresipi.com/kena-goreng-dulu-baru-sardin-lagi-sedap/
sedapnya....nak cuba Pernah try
Meletop2 minyak
Tercarut2 iol
;P;P;P nakkomenjugak replied at 26-9-2021 01:06 AM
Pernah try
Meletop2 minyak
Tercarut2 iol
ape yg di carut tu:lol:
Alahai, sardine tu dah instant. Tak nak lah waste time kena goreng lagi. Thank you next! untuk hilangkan hanyir ke..i xpernah lg try..mls pulak;P edayildiz replied at 28-9-2021 11:44 AM
untuk hilangkan hanyir ke..i xpernah lg try..mls pulak
Kannnn.
ctkaty replied at 28-9-2021 07:53 PM
Kannnn.
ye sis :$
memang lagi sedap..
tp nak goreng sardin tu dah berapa juta carutan yg keluar :lol:
last2 msk mcm biasa jer.. Sedap..tp part meletup n mengelap lps tu yg x tahan ;P
Pages:
[1]