xpdckelate Publish time 25-9-2021 06:26 AM

Verstappen mula saingan GP Russia di petak belakang

Sochi, Russia: Pendahulu kejuaraan dari pasukan Red Bull, Max Verstappen akan memulakan saingan Grand Prix Russia di kedudukan petak belakang ketika dikenakan hukuman penalti kerana pertukaran enjin.

Pasukan itu mengumumkan pemandu dari Belanda akan meneruskan saingan di Sochi pada Ahad, di mana dia berdepan hukuman penalti tiga kedudukan ke petak belakang.

Ia berikutan kemalangan dalam perlumbaan lalu di Monza selepas dia dipersalahkan kerana pertembungan dengan Lewis Hamilton.

Kemalangan terbaru membabitkan pencabar kejuaraan itu menyebabkan kedua-duanya tidak dapat meneruskan perlumbaan selepas kereta Verstappen bergesel dan berada di atas jentera Hamilton sebelum kedua-duanya terkeluar dari litar.

Hamilton menyifatkan peranti keselamatan helo kenderaannya berjaya menyelamatkan nyawanya ketika kemalangan itu. - HMetro

xpdckelate Publish time 25-9-2021 06:28 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/RUSSIA_FORMULA_ONE_GRAND_PRIX_1632492849.jpg
Aksi pelumba Red Bull Racing, Max Verstappen pada sesi latihan di Grand Prix Russia. FOTO EPA
Pages: [1]
View full version: Verstappen mula saingan GP Russia di petak belakang


ADVERTISEMENT