R2D2 Publish time 24-9-2021 12:46 PM

Razer Kaira X, fon kepala mampu milik cuma RM299

Razer Kaira X Ialah Fon Kepala Untuk Pemilik Konsol Pada Harga RM299
Diterbitkan pada 24 Sep 2021. oleh Effi Saharudin.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/Razer-kaira-x-XBOX-B.jpg.webp

Razer melancarkan fon kepala terkini mereka Razer Kaira X pagi ini yang jelas menyasarkan pemilik konsol Sony PlayStation 5 dan Xbox Series X/S. Kami katakan begitu kerana Kaira X ditawarkan dalam pilihn warna yang sepadan dengan alat kawana DualSense dan Xbox Wireless Controller yang terkini.

Fon kepala berwayar ini dilengkapi pemandu audio sebesar 50mm TriForce yang menurut Razer memberikan audio yang seimbang. Sebuah mikrofon diletakkan pada cawan telinga kanan dengan sistem peredam bunyi terbina. Pada cawan telinga kiri pula diletakkan butang laras audio dan membisukan mikrofon.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/Razer-kaira-x-PS5.jpg.webp

Sambungan kepada konsol adalah berwayar dengan kepala 3.5mm standard. Ia ditawarkan dalam warna hitam dan hijau untuk konsol Xbox sementara warna hitam dan putih pula untuk konsol PlayStation. Walaupun ditawarkan untuk konsol ia sebenarnya boleh digunakan sebarang peranti yang menyokong sambungan 3.5mm. Sepasang Razer Kaira X dijual pada harga RM299.
Pages: [1]
View full version: Razer Kaira X, fon kepala mampu milik cuma RM299


ADVERTISEMENT