CARI-MAL Publish time 23-9-2021 09:02 PM

Salah Ke Halau Isteri Malas, Leka Main Telefon?

Sebuah video memaparkan aksi seorang isteri leka bermain telefon bimbit sehingga tidak memasak dan membiarkan dapur dalam keadaan berselerak menjadi tular di media sosial selepas dikongsikan suaminya sendiri, lapor Suara.com.


Menerusi video di TikTok itu, lelaki didakwa suami wanita berkenaan memberitahu bahawa dia berasa marah selepas mendapati isterinya tidak menyediakan sebarang makanan buatnya ketika pulang dari kerja.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/23/210156jkx2brx8bz2uj2xz.pngKredit foto: Instagram




Selain itu, terdapat banyak pinggan kotor belum dicuci di dalam sinki. Wanita berkenaan juga dilihat sedang leka bermain telefon bimbit.


Disebabkan tidak memasak, wanita itu menyuruh suaminya memasak mi segera dengan meminta dia membasuh pinggan kotor untuk digunakan.


“Isteri jenis apa ini? Salahkah kalau saya menghalau dia keluar dari rumah?” tulis lelaki tersebut pada keterangan video.


Video itu mendapat pelbagai komen daripada netizen dengan ada antaranya yang menyokong lelaki tersebut, bahkan ada yang mempersoalkan mengenai tanggungjawabnya.


“Banyakkan bersabar. Penat lelah anda akan menjadi ibadah. Apa yang penting, jangan dilepaskan kemarahan kepada anak,” komen seorang netizen.


“Berapa jumlah duit belanja dapur yang diberi kepada isteri? Tak mungkin kalau sering diberi duit belanja tapi isteri tidak masak apa-apa. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya,” kata seorang pengguna lain.




202109up_1632402867160


Sumber: Kosmo

missyL Publish time 23-9-2021 09:20 PM

Kesian. Ank pn cm kurang kasih syg..
Ape pemalas sgt bini nye tuu..

Supersirap Publish time 23-9-2021 09:26 PM

Janganlah sampai dihalau, guankan kuasa suami untuk mendidik isteri menjadi insan yang terpuji

anakkerengga Publish time 23-9-2021 09:59 PM

Indon ke ni… hal dlm kain pun nak bgtau org

uda Publish time 23-9-2021 10:01 PM

Tugas isteri bukan memasak utk suami.
Suami lah ygpatut sediakan org gaji utk isteri
Isreri hanya perlu melayan suami shj
Budaya org melayu - terbalik.
Kahwin nak jadikan iateri sbgai org gaji, jaga semua keperluan dia

MakcikLaksa Publish time 24-9-2021 02:08 AM

Dh laki pergi keje, cari rezeki, ko dok umah masakla kak oi.. Bantu membantu. Rumah beso. Rice cooker ada. Nak jaga suami pun malas, apatah lagi nk jaga anak tu.. Budak2 lg byk peelnya.. Pelik2 org zaman skang. Sikit2 katanya mcm org gaji.. Mmg dh xda rasa ehsan dlm diri

nakkomenjugak Publish time 24-9-2021 03:36 AM

Haiyoooo
Masing2 kawen dengan fon je sekarang

pxlbb Publish time 24-9-2021 06:33 AM

Kalau bini2 kat sini yg usir laki confirm ramai laki mesia ni homeless penuh bawah jembatan :lol:

Jantan betina dua2 kalau jenis pemalas mmg tak layak jadi manusia. Tu je nak cakap.

helicornia Publish time 24-9-2021 09:36 AM

Klu aku jd laki pun aku hempuk je bini gitu huhu.yg lelaki pun nk kawin Cuba la siasat sikit pemalas ke rajin, pembersih ke pengotor

hasniey Publish time 24-9-2021 10:11 AM

Kalau btol sdah bg nafkah tp isteri mls.ceraikan bukan halau.masa kawen mintak baik2 dh xnak kenepa nk halau mcm binatang?

Fortiori02 Publish time 24-9-2021 08:36 PM

MakcikLaksa: Dh laki pergi keje, cari rezeki, ko dok umah masakla kak oi.. Bantu membantu. Rumah beso. Rice cooker ada. Nak jaga suami pun malas, apatah lagi nk ja ...

Itulah, laki dia dah penat cari rezeki, bininya tlg la sediakan makanan kan bila laki balik keje. Stakat masak nasi ngn lauk, cuci pinggan periuk kemas sikit2, x sampai 1 jam dah siap. Pastu melingkar la ko men fon sampai pitam.

Fortiori02 Publish time 24-9-2021 08:37 PM

pxlbb: Kalau bini2 kat sini yg usir laki confirm ramai laki mesia ni homeless penuh bawah jembatan :lol:Jantan betina dua2 kalau jenis pemalas mmg tak layak  ...

Hahaha, setuju part ni.

Ciktiekus Publish time 25-9-2021 02:35 AM

Fortiori02 replied at 24-9-2021 08:36 PM
Itulah, laki dia dah penat cari rezeki, bininya tlg la sediakan makanan kan bila laki balik keje ...

Betul..itu la nama nya tolak ansur..kalau dua2 penat bekerja lain cerita..kalau kat malaysia selalu..bini g keje kena kerah dgn bos..balik keje kene kerah dgn suami pulak {:1_567:}

Fortiori02 Publish time 25-9-2021 10:20 AM

Ciktiekus replied at 25-9-2021 02:35 AM
Betul..itu la nama nya tolak ansur..kalau dua2 penat bekerja lain cerita..kalau kat malaysia selal ...

Betul2, kena tolak ansur. Kalau sorang dah pi kerja, yg lg sorang tu bantu uruskan rumah. Kalau dua2 kerja, bahagi kerja rumah tu ikut kesesuaian. Yg laki pun x leh asek harap bini je sbb dua2 pun penat kerja. Kena ringan tulang bantu buat kerja rumah & urus anak.

edayildiz Publish time 26-9-2021 12:17 AM

mls pulak nak baca:lol:
pemalasnya bini..padan muka..laki balik nk mkn ns lapar2 dk main hp..jgn acik porem berperangai gini dah le

KamikuP Publish time 27-9-2021 01:08 PM

Kalau suami digelar bwak hidop, ni nak gelar apa nih? Bunga telang hidop?

ally9970 Publish time 27-9-2021 02:23 PM

uda replied at 23-9-2021 10:01 PM
Tugas isteri bukan memasak utk suami.
Suami lah ygpatut sediakan org gaji utk isteri
Isreri hany ...

Org cina, india, westerner, jepun, korea, etc boleh kata seluruh dunia, in general wife yg duduk rumah memasak utk ahli keluarga...
Melayan keperluan suami tu termasuklah memasak atau menyediakan makanan...
Takkan kerja kangkang jer..

uda Publish time 27-9-2021 06:25 PM

ally9970 replied at 27-9-2021 02:23 PM
Org cina, india, westerner, jepun, korea, etc boleh kata seluruh dunia, in general wife yg duduk r ...

sama mcm my collegue cakap masa dia gaduh dgn collegue sorang lagi.
Kami semua terdiam dengar dia tengking ckp mcm tu

anakmak Publish time 28-9-2021 02:11 PM

x salah
bukan kerja isteri pun
laki nampak sepah
laki kemas laaaa
laki nak makan
laki masak la
bini nak makan
laki kena masak la

apesal la nak complikatedkan life

laki nak main
bini ngangkang je la apa susah
Pages: [1]
View full version: Salah Ke Halau Isteri Malas, Leka Main Telefon?


ADVERTISEMENT