R2D2 Publish time 23-9-2021 06:40 PM

Kad Memori Samsung PRO Plus dan EVO Plus - 128GB, 256GB dan 512GB

Kad Memori Tahan Lasak Samsung PRO Plus dan EVO Plus Hadir Dengan Jaminan 10 Tahun
Diterbitkan pada 23 Sep 2021. oleh Effi Saharudin.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/Samsung-PRO-Plus-EVO-Plus-B.jpg.webp

Samsung melancarkan kad memori mikro SD tahan lasak Samsung PRO Plus dan Samsung EVO Plus mereka hari ini. Kedua-dua keluarga mikro SD ini mempunyai kemampuan kalis air, suhu, sinar-X, magnet, jatuh dan luluhawa dengan jaminan terhad selama 10 tahun.

Samsung PRO Plus mempunyai kemampuan membaca pada kelajuan 160 MB/s dan menulis pula pada kelajuan 130 MB/s. Kad dengan standard SDXC ini melepasi piawaian kelajuan U3, V30, A2, dan Class 10. Saiz storan yang ditawarkan pula ialah 128GB, 256GB dan 512GB.

Samsung EVO Plus pula mempunyai kemampuan membaca dan menulis pada kelajuan 130 MB/s. Kad dengan standard SDXC ini melepasi piawaian kelajuan U3, V30, A2, dan Class 10 untuk storan 128GB, 256GB dan 512GB. Sementara itu untuk storan 64GB pula ia melepasi piawaian kelajuan U1, V10,A1 dan Class 10.

Kedua-dua siri kad Samsung PRO Plus dan Samsung EVO plus ini akan mula ditawarkan di Malaysia pada bulan November tetapi harga masih belum diumumkan pada waktu ini.
Pages: [1]
View full version: Kad Memori Samsung PRO Plus dan EVO Plus - 128GB, 256GB dan 512GB


ADVERTISEMENT