R2D2 Publish time 23-9-2021 02:04 PM

LAGI model baru, kali ni Oppo F19s. Ada tri-camera, bateri 5,000mAh

Oppo F19s Akan Dilengkapi Tri-Kamera Belakang, Bateri 5000mAh
Diterbitkan pada 23 Sep 2021. oleh Amy Maizuraa.

Oppo kini berkongsi perancangan untuk hadir dengan penawaran baru untuk siri F mereka di India. Melaluinya, mereka bakal memperkenalkan Oppo F19s – sekaligus menyertai Oppo F19, Oppo F19 Pro dan Oppo F19 Pro+ yang dilancarkan sekitar awal tahun lalu. Dari segi rekaan, Oppo F19s mempunyai reka bentuk yang sangat mirip seperti Oppo F19.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/oppo-f19s-02.jpg.webp

Ia lengkap dengan sistem tri-kamera yang ditempatkan dalam modul kamera berbentuk segi empat. Di samping, tersedia dalam dua pilihan kemasan warna seperti Glowing Black dan Glowing Gold. Panel hadapan pula sejenis berlubang. Seterusnya, ia juga mempunyai panel hadapan sejenis rata bersama skrin berlubang yang ditempatkan pada bucu atas sebelah kiri. Pada masa sama, ia turut menampilkan sokongan bateri berkapasiti 5000mAh yang menyokong pengecasan 33W.

https://amanz.my/wp-content/webp-express/webp-images/uploads/2021/09/oppo-f19s-03.jpg.webp

Setakat ini, itu sahaja maklumat berkaitan peranti yang diketahui. Oppo F19s akan dilancarkan secara rasmi pada 27 September 2021. Seperti biasa, penawaran lebih lanjut akan terjawab sewaktu pelancaran rasmi kelak.

Sumber : Oppo India

nakkomenjugak Publish time 24-9-2021 03:05 AM

Cantik laaa pulakkk... Sabar2

Xim Publish time 26-9-2021 09:36 PM

Oppo ni fast charge bagus....bateri pun lmbt hbs...maybe sbb Xim bkn heavy user kot...dulu pakai Samsung sehari dua kali nk charge....penat...
Pages: [1]
View full version: LAGI model baru, kali ni Oppo F19s. Ada tri-camera, bateri 5,000mAh


ADVERTISEMENT