novelloverzz Publish time 23-9-2021 08:54 AM

AKSESORI YANG BAHAYA & TAK PATUT DIGUNAKAN DALAM KERETA

Edited by novelloverzz at 23-9-2021 09:00 AM

Dalam dunia yang serba pantas ini, anda boleh beli pelbagai jenis aksesori kenderaan dengan pantas melalui pelbagai platform media yang tersedia selain daripada membeli di kedai aksesori. dengan beberapa klik sahaja aksesori kereta akan sampai ke rumah.Masalahnya ialah kebanyakan aksesori yang dijual sebenarnya pada pandangan kami tidak selamat digunakan dan boleh mengundang pelbagai masalah dalam situasi kecemasan. Kami senaraikan beberapa aksesori tambahan yang dijual secara terbuka dan tidak selamat untuk dipasang dan digunakan pada kenderaan anda.
http://3.bp.blogspot.com/-5vVQWGfvOvA/Tk8fUE9FuaI/AAAAAAAAABo/7C3JKZ_y5Us/s280/DASHBOARD-COVER-DESIGN-4.jpg
1. Pelapik papan pemuka atau dashboard – seperti yang anda sedia maklum mulai 1 Januari 2012, semua kenderaan yang dijual di Malaysia wajib dilengkapkan dengan sekurang-kurangnya 1 beg udara kecemasan yang akan terbuka dan melindungi penumpang sewaktu kecemasanBeberapa jenama di Malaysia mengambil inisiatif dengan memasang 2 beg udara bagi penumpang depan, satu dipasang dalam roda steering dan satu lagi di papan pemuka di sebelah kiri. Memasang alas pelapik pada papan pemuka depan akan mengganggu proses beg udara beroperasi dan menyebabkan ia tidak beroperasi mengikut parameter yang ditetapkan.Pelapik tadi akan menghalang beg udara keselamatan kembang dengan betul dan cepat anda anda mungkin ada risiko yang tinggi untuk cedera sewaktu kemalangan berlaku.
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/8605d918-763e-4f68-85a2-6b076e86cca6_2.7d906a74db18b0647c3ecf97c5009d2a.png2. Balutan kusyen – sesetengah pemilik suka memakaikan tshirt lama pada kusyen kereta mereka, supaya kusyen kereta tidak lusuh dan tidak kotor setelah digunakan beberapa tahun. Ada juga pemilik yang membalut kusyen mereka dengan balutan kulit agar susah kotor dan nampak lebih mewah.Tapi sebelum balut, pastikan dulu kusyen kereta anda tidak dipasang dengan sistem beg udara keselamatan.Sekiranya anda membalut kusyen dengan balutan kulit atau t shirt, ia akan menjejaskan prestasi beg udara ketika keselamatan dan merisikokan nyawa anda dalam impak kemalangan sisi.
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/e874ff0b315d88366f894d966cf3633f.jpg3. Klip tali pinggang keselamatan – sebagai sebahagian peraturan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, tali pinggang keselamatan dipasang dengan bunyi amaran sekiranya anda memandu tanpa memakai tali pinggang keselamatan.Dalam kemalangan sebenar, anda akan melanggar papan pemuka, stering atau kusyen depan yang menyebabkan kecederaan dalaman yang serius disebabkan kegagalan memakai tali pinggang keselamatan. Ingat beg udara keselamatan hanyalah sistem sokongan kepada tali pinggang keselamatan.Sebab itu beg udara dipanggil sebagai Supplementary Restrain System, kerana tugas Restrain digalas oleh tali pinggang keselamatan.
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/toyotas-diagram-showing-how-to-properly-install-floor-mats_100229859_m.jpg4. Pelapik kaki yang tidak berkualiti – pelapik kaki orizainal yang dipasang oleh pengeluar biasa datang dengan ciri klip atau cangkuk bagi mengekalkan pelapik kaki pada kedudukan yang telah ditetapkan oleh pengeluar dan tidak mengganggu pemandu ketika memandu keretaPelapik kaki yang murah tiada ciri ini dan kadagkala selepas beberapa bulan ia akan mudah terlipat serta berisiko untuk tersangkut di belakang pedal brek dan minyak. Bayangkan kalau pelapik kaki ini tersangkut di belakang pedal brek ketika anda cuba membrek?
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/image.jpg5. Pemberat tangan untuk roda stering – bagi kereta yang dipasang dengan ciri Lane Keep Assist atau Lane Centering Assist, ia memerlukan tangan anda untuk sentiasa memegang roda stering atas tujuan keselamatan
Sekiranya anda melepaskan tangan dalam beberapa saat, sistem akan memberi amaran dan berubah kepada fail safe condition.Terdapat beberapa alat yang menyebabkan sistem berfikir anda sedang memegang stering apabila dipasang, sedangkan anda telah melepaskan tangan dari stering. Dalam keadaan kecemasan dan mengelakkan kemalangan daripada terjadi, input pemandu pada stering adalah diperlukan dengan segera kerana sistem LKA dan LCA ada hadnya.
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/854e1da5d71697a984bbef8b895ab125.jpg6. Cermin tinted terlampau gelap – ya sangat berguna pada waktu siang kerana ia akan menghalang sinaran cahaya matahari yang terik mengganggu pemanduan anda. Tapi pada waktu malam, anda akan sukar melihat sewaktu mengundurkan kereta, atau melihat kenderaan datang dari sisi (dari titik buta sisi) seperti motosikal yang bergerak pantas.Jika tinted depa terlampau gelap, ia juga akan menyebabkan pemandu sukar untuk melihat sewaktu memandu di waktu malam. Keadaan yang gelap juga akan menyebabkan mata pemandu perlu bekerja keras untuk melihat ke depan dan menyebabkan stress pada mata.
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/092edd196fa0ef8f046c6279e5cee4a6.jpg7. Menggantung apa-apa objek pada cermin pandang belakang – Amerika telah mengazetkan satu undang-undang yang menghalang objek seperti pewangi, cermin mata gelap, atau apa-apa hiasan untuk digantung pada cermin pandang belakang. Pakar keselamatan mendakwa pergerakan objek yang digantung akan mengunrangkan konsentrasi mata ketika memandu.Disebabkan terlalu biasa melihat objek bergerak ketika memandu, mata akan mentafsirkan objek lain di luar kereta sebagai tidak bahaya. Keadaan ini akan menyebabkan masa tindakbalas (reaction time) pemandu untuk membrek bertambah lambat dan menjadi risiko kemalangan.
https://www.mekanika.com.my/wp-content/uploads/2021/09/Blacked-out-headlamps.jpg8. Memasang tinted pada lampu depan – kebanyakan kereta sport akan dipasang dengan perumah lampu yang berwarna hitam, bagi menghasilkan kesan gelap dan nampak lebih sport. Tapi bahagian luar lampu tetap cerah kerana ia dihasilkan daripada plastik lutsinar yang cerahTapi bagi menghasilkan kesan yang sama, terdapat segelintir pemilik yang membalut bahagian lampu depan mereka dengan lapisan tinted bagi menghasikan yang sama. Kesannya ialah lapisan tinted tadi akan menghalang cahaya lampu menerangi kawasan sekeliling secara 100%. Kesan kedua ialah lapisan tinted ini lama-kelamaan akan menjadi semakin gelap haba daripada mentol akan “membakar” lapisan tinted ini.Lama-lama anda akan perasan yang cahaya daripada lampu depan menjadi semakin malap kerana dihalang oleh lapisan tinted ini. Nak bukak lapisan ini bukan senang ye, kalau salah buka perumah lampu boleh menjadi retak. Kalau tak boleh buka, mungkin anda perlu beli perumah lampu yang baru.
Kredit: https://www.mekanika.com.my/akse ... nakan-dalam-kereta/

ease Publish time 23-9-2021 05:34 PM

Jangan tinggal batteries.. Pernah berasap kereta.. Rupanya ada kat celah2 bawah kaki tu.. Nasib perasan cepat.. Lagi satu botol pewangi tu.. Tinggal tempat bawah panas berpanjangan.. dia boleh meleleh..just some of kaka nya personal experiences ni

ReginaGeorge Publish time 10-10-2021 12:17 AM

Tak pernah terfikir pulak pasal hiasan gantung pada cermin pandang belakang. Patutlah arwah atok tak mau mak gantung minyak wangi :lol:
Pages: [1]
View full version: AKSESORI YANG BAHAYA & TAK PATUT DIGUNAKAN DALAM KERETA


ADVERTISEMENT