xpdckelate Publish time 23-9-2021 07:01 AM

Nahas kali ketiga mungkin berulang

London: Lewis Hamilton dan 'musuh' utamanya, Max Verstappen mungkin akan terbabit nahas buat kali ketiga musim ini, menurut Alex Wurz.

Pengerusi Persatuan Pemandu Grand Prix itu tidak menolak insiden boleh berulang ketika kedua-duanya bersaing sengit dalam memburu kejuaraan.

Hamilton dan Verstappen berdepan nahas menakutkan di GP Itali yang memaksa kedua-duanya terkeluar daripada perlumbaan.

Jentera Verstappen menghempap jentera Hamilton dan jaguh Britain itu diselamatkan oleh teknologi keselamatan Halo.

Pelumba Red Bull itu kini mendahului juara tujuh kali Hamilton dengan hanya lima mata berbaki lapan lagi perlumbaan.

Ketika ditanya mengenai nahas membabitkan kedua-dua pencabar utama gelaran itu, Wurz berkata kepada Sky Sports: "Saya fikir ia akan terjadi sekali lagi. Kedua-duanya seperti mahu menguasai kawasan mereka.

"Di luar kereta, saya bercakap dengan kedua-duanya dan mereka berbual sesama sendiri. Kedua-duanya saling menghormati, sesuatu yang seronok dilihat.

"Tetapi sebaliknya di atas litar. Hei, kami di sini mahu bertarung, menang kejohanan dunia F1. Ia antara trofi paling berprestij dalam dunia sukan.

"Mereka perlu bertarung, ia sebahagian perlawanan namun saya berharap mereka perlu saling menghormati demi kebaikan pasukan dan keputusan sendiri, jadi mereka tak boleh terbabit banyak nahas.'' - HMetro

xpdckelate Publish time 23-9-2021 07:02 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm_1632284858.jpg
JENTERA Hamilton dan Verstappen bergesel di Monza.
Pages: [1]
View full version: Nahas kali ketiga mungkin berulang


ADVERTISEMENT