CARI-MAL Publish time 22-9-2021 01:52 PM

Suka Keluar Penjara Bertukar Duka Apabila Dibawa Ke Pusara Ibu

Edited by CARI-MAL at 22-9-2021 01:53 PM

Selaku manusia biasa, siapalah yang ‘suci’ daripada melakukan khilaf dalam kehidupan dan menerima pembalasan.

Itulah yang dilalui pemuda ini apabila dikenakan hukuman penjara enam bulan sebelum dia dibebaskan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/22/135143jkmvw5phky8hprkp.pngKredit foto: TikTok

Walau bagaimanapun, kegembiraannya selepas dibebaskan terus diragut serta-merta.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202109/22/135144j9g1e3uui5z36ee1.png

Menerusi beberapa perkongsian video kakaknya bernama Hera, adik lelakinya itu dibawa ke tanah perkuburan sebelum diberitahu bahawa ibu mereka sudahpun pergi menghadap Ilahi kira-kira tiga bulan lalu.


7010380759131278618

Pemuda berkenaan dilihat sempat bertanyakan beberapa kali kepada kakaknya kerana tidak percaya sebelum akhirnya terduduk sambil meraup wajah.

Selepas itu, dia juga terus memeluk batu nisan di pusara tersebut sambil menangis teresak-esak.


7010388707211513115

Lebih sayu, bukan hanya ibu tetapi salah seorang kakaknya juga baru sahaja pergi kira-kira 10 hari lalu.


7010479285563591963


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa mereka sekeluarga.


Sumber: Kisah Dunia

Kurex Publish time 22-9-2021 01:54 PM

Macam comel.....

MsPercy Publish time 22-9-2021 01:58 PM

Tabahlah dik...setiap yg hidup pasti akan mati

prettyuglybabe Publish time 22-9-2021 04:40 PM

semoga beliau insaf..

Artemesiaa Publish time 22-9-2021 05:31 PM

Suka bertukar duka bila tahu yang disayang dah tak ada

edayildiz Publish time 22-9-2021 05:54 PM

semoga awk berubah..kenapa masuk penjara dik? 6 bln jer mayb kesalahan mencuri kot

missus_meow Publish time 22-9-2021 06:03 PM

harap berubah ... jd anak yg baik walopon mak dah takde ...

Fortiori02 Publish time 22-9-2021 06:57 PM

edayildiz: semoga awk berubah..kenapa masuk penjara dik? 6 bln jer mayb kesalahan mencuri kot

Takpun kantoi urin..

shernazz Publish time 22-9-2021 09:58 PM

Mesti kena masuk.tiktok ke orang tu tengah sedih?
:(
Nampak.hantu..tiktok
Sedih.tiktok
Mengidam.tiktok
MKan tiktok

Naseb tak.corncake je.masuk.tiktok

matbad Publish time 22-9-2021 11:37 PM

ishhh tak baik la meraung2 kat kubur tu. mna boleh bising2 fikir logik la. ngek la

cheeseball Publish time 23-9-2021 12:31 AM

motip nak kena post kt tiktok:o

nakkomenjugak Publish time 23-9-2021 01:21 AM

Dahhh
Berubah!
Buang rantai tu
Buat kerja yang mulia untuk diri

eyansss Publish time 23-9-2021 05:58 PM

kenapa aku rasa annoyed gila ngan akak dia ni...entah la, macam meluat...btw, semoga ko bertabah dek...berubahlah untuk kebaikan...

cmf_premierleag Publish time 23-9-2021 08:02 PM

aku sedih gak tgk bideo ni
maybe lps dapat hukuman penjara 6 bln dan keluar2 je dpt news sedih gila mcm ni, maybe adik ni akan merenung kembali apa yg dia dh buat sblm ni smpi masuk penjara.
kalo dia x masuk penjara, semestinya dia ada disisi ibu dan kakak dia saat sblm diorg meninggal
semoga ada teladan dia dpt dr kisah dia sendiri dan jadi insan yg lebih baik lps ni

becir Publish time 24-9-2021 09:24 AM

Semua benda nak videokan..private moment camni nak tunjuk kat public..:curse:
Pages: [1]
View full version: Suka Keluar Penjara Bertukar Duka Apabila Dibawa Ke Pusara Ibu


ADVERTISEMENT