Raline Publish time 21-9-2021 11:17 PM

Gadis manis ‘pelaris’ warung cendol

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/gadis-cendol.jpg
Sabrina sering membantu ibu dan bapanya di warung milik mereka. – Instagram @Sabrinaa_Mayyy

Gadis manis ‘pelaris’ warung cendol


JAKARTA – Sebuah warung cendol di wilayah Jawa Timur ternyata memiliki ‘pelaris’ tersendiri sehingga dapat menarik kedatangan ramai pelanggan untuk pergi ke gerai tersebut, lapor laman berita Suara.com hari ini.

‘Pelaris’ tersebut ialah anak kepada pemilik warung itu, Sabrina Dwi Istiqomah yang turut membantu membuat cendol di situ.

Menurut gadis yang masih belajar di sekolah menengah itu, warung yang diusahakan keluarganya itu pada awalnya tidak memiliki pelanggan yang ramai.

Keadaan itu bagaimanapun berubah selepas dia mula mempromosikan kedai makan tersebut di Instagram sehingga ramai pelanggan mula memenuhi warung mereka.

“Saya menghasilkan pelbagai bentuk kandungan mengenai warung ini agar lebih dikenali masyarakat sekeliling.

“Selepas memuat naik kandungan-kandungan tersebut, warung ini mula diserbu orang ramai,” katanya yang kini turut bergelar selebriti media sosial.

Sementara itu, bapa Sabrina, Fathurozi berkata, dia berasa gembira kerana warung miliknya kini didatangi oleh ramai pelanggan selepas menjadi popular hasil promosi yang dilakukan anaknya.

“Saya tidak menyangka bahawa warung ini akan mendapat sambutan seperti ini daripada pelanggan dekat dan jauh, bahkan ada pembuat kandungan YouTube dari Jakarta yang datang ke sini,” katanya.

Tambah Fathurozi, disebabkan terlalu ramai pelanggan, setiap hari isterinya perlu memasak sehingga 20 kilogram beras bagi memenuhi kapasiti pelanggan. – Agensi

Belibis Publish time 21-9-2021 11:31 PM

Manis berbanding indon yang biasa jadi bibik kat sini.:lol:

Jitu Publish time 22-9-2021 12:37 AM

try tengok kat insta dia lawa lah jugak
tp tak tahu lah fake ke ori ;P

edayildiz Publish time 22-9-2021 01:21 AM

sedapnya lama xmkn cendol:(

nakkomenjugak Publish time 22-9-2021 03:05 AM

Ada anak hensem cun ni senang untuk promo
Di zaman2 socmed ni

xtinkerbellx Publish time 26-9-2021 11:47 AM

Sedapnya.. Terliur plak cendol

supernaturalee Publish time 2-10-2021 09:07 AM

Sabrina kekasih lama...
Pages: [1]
View full version: Gadis manis ‘pelaris’ warung cendol


ADVERTISEMENT