Lori berhantu zaman perang tentera jepun bergerak sendiri di Segamat Johor
Edited by FOTHER-MUCKER at 21-9-2021 03:13 AMLori misteri bergerak tanpa pemanduAhmad Ismail - September 21, 2021 @ 11:34ambhnews@bh.com.my
SEGAMAT: Pengguna media sosial `kecoh' dengan sebuah video tular, yang memaparkan lori lama ketika perang zaman Jepun bergerak sendiri tanpa pemandu.Video yang berdurasi kira-kira 45 saat itu dikatakan asalnya dimuat naik oleh seorang pengguna, enam bulan lalu.
Kini, video kejadian itu yang dikatakan berlaku di ladang kelapa sawit simpang kiri Sime Darby Chaah, Segamat, kembali tular di pelbagai platform media sosial seperti Whatsapp, Tiktok serta Youtube. Kejadian dilihat berlaku pada siang hari dan lori itu bergerak sejauh lebih kurang 20 meter tanpa pemandu.
Tiada penjelasan lagi dibuat oleh mana-mana pihak berhubung perkara itu dan ia mengundang pelbagai andaian dalam kalangan media sosial."Tentera Jepun mana ada lori macam itu,""Hantu manalah usik orang siang-siang hari. Sah-sah kantoi dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Buat malu tentera Nippon buat kerja macam ini," ulas seorang pengguna Facebook.
Video itu tular melalui aplikasi Whatsapp, Tiktok serta Youtube. Rata-rata pengguna media sosial berpendapat ia hanya satu 'content' atau pengisian yang sengaja dibuat pihak tertentu yang mahu mengaut keuntungan apabila ia tular.
Ada juga pengguna media sosial yang berasa hairan dan mengajak pengguna lain memerhatikan tayar lori itu yang tidak berputar seperti bergerak di awang-awangan. Tidak kurang juga yang menzahirkan rasa seram dan meremang bulu roma apabila menonton video itu berulang kali walaupun ia berlaku di siang hari. Terdapat juga pengguna media sosial yang tidak menafikan kewujudan entiti daripada alam ghaib.Pengguna media soslal meminta pihak yang bertanggungjawab tampil membuat pengakuan dan menjelaskan mengenai video itu.
https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh21jepun_1632220631.jpgLori lama didakwa milik tentera Jepun yang bergerak tanpa pemandu di sebuah ladang sawit tular kembali di media sosial. - Foto NSTP/AHMAD ISMAIL
Boleh je letak bata kat pedal tu.. Mana videonya tumpanglalu74 replied at 21-9-2021 03:12 AM
Boleh je letak bata kat pedal tu..
Agaknya memang macam itulah.
sekngucing replied at 21-9-2021 03:13 AM
Mana videonya
HtwN2XajdWU
Mcm bererakendiri betul..maksud aku...bergerak sebab daya graviti... awal sgt buat decoration dan gimik utk Halloween :lol: seram jgk kalau mlm2 ni:rf: FOTHER-MUCKER replied at 21-9-2021 07:14 PM
Agaknya memang macam itulah.
Ikat je elok2 kat pedal tu sudah..Anyway few months ago kot yang ade male jogger kene pintas dengan askar jepon muke itam tu, legit ke? Takkan lori zmn nippon blh jalan lg zaman ni.sexplain please chinese ghost festival dah over kot :lol: "ini loli ada no...apa no..kasi tau sama wa....sok wa mok beli lor"-kaki ekor:lol: Dah baca komen2 kt fb, katanya kat indon tu...lori tu tak kena santau pun, driver nya tak smpt brake ke camna tah... https://i.ibb.co/MMxRSfq/Screenshot-20210921-201424.jpg
Ni ha......baca OsHiN_hOnEy replied at 21-9-2021 07:28 PM
chinese ghost festival dah over kot
sebab japanese kot, sambut bulan lain
{:smileo
Sebelum hairankan lori tu gerak, iols lebih hairan macamana handphone tu ready tala camera arah lori tu nak datang. uori replied at 21-9-2021 08:16 PM
sebab japanese kot, sambut bulan lain
hahaha ye tak yer jugak
wrong kaum :lol:
tumpanglalu74 replied at 21-9-2021 07:12 PM
Boleh je letak bata kat pedal tu..
Enjin masih elok ke?? Dari zaman nippon. krustykrab replied at 21-9-2021 08:15 PM
Ni ha......baca
:lol:
indon mmg mcm2 cerita
OsHiN_hOnEy replied at 21-9-2021 08:18 PM
hahaha ye tak yer jugak
wrong kaum
aku dulu kat sekolah pernah tanya ustazah, kalau kita baca surah2 kita time jumpa hantu omputeh, hantu tu takut tak. manatau terbakar ke apa kan. alih2 ustazah aku marah2 aku pulak sebab memain.
aik, sendiri takleh nak jawab, nak marah pulak.
sebiji perangai mak aku
{:smileo
Pages:
[1]
2