Raline Publish time 21-9-2021 08:57 AM

Anak patung pegang ‘nota bunuh’ ditemukan

https://www.utusan.com.my/wp-content/uploads/ONLINE-Anak-patung-nota-bunuh-pixs.jpg
JONANTHAN Lewis menemukan anak patung kain yang ditinggalkan bersama sekeping nota mengerikan di rumah baharunya. - JONANTHAN LEWIS

Anak patung pegang ‘nota bunuh’ ditemukan


LONDON: Seorang lelaki terkejut selepas menemukan sebuah anak patung kain yang ditinggalkan bersama sekeping nota mengerikan, di dalam dinding rumah baharu dibelinya.

Lapor Daily Mail, Jonanthan Lewis, 32, yang merupakan pemilik baharu memasuki rumah terletak di Walton, Liverpool pada Jumaat lalu.

Lewis ketika itu sedang memeriksa bahagian bawah tangga dan kemudian bertindak memecahkan dinding dengan tukul.

Guru sekolah itu menemukan anak patung kain buruk yang memakai gaun sambil memegang sekeping nota.

Nota itu tertera bagaimana anak patung itu menikam pemilik asal rumah tersebut pada 1961.

“Kepada pemilik rumah baharu, terima kasih kerana membebaskan saya. Nama saya Emily.

“Pemilik asal tinggal di rumah ini pada 1961 dan saya tidak menyukainya, jadi mereka terpaksa pergi.

“Mereka gembira ketika tinggal di rumah ini dan ia menyakitkan hati saya, jadi saya terpaksa menikam mereka sehingga mati. Saya harap anda mempunyai pisau. Semoga anda dapat tidur dengan lena,” jelas nota itu.

Menurut Lewis, dia dimaklumkan oleh ejen hartanah bahawa bahagian dapur rumah diubah suai kira-kira empat atau lima tahun lalu.

“jadi, ejen hartanah memberitahu nota tersebut mungkin diletakkan oleh pemilik sebelum ini sekitar tempoh tersebut,” katanya.

Sumber:https://www.utusan.com.my

bakingsoda Publish time 21-9-2021 10:04 AM

prank je tu, patung dgn kertas nota tu tak nampak mcm dah 60 tahun pon
Pages: [1]
View full version: Anak patung pegang ‘nota bunuh’ ditemukan


ADVERTISEMENT