Raline Publish time 20-9-2021 09:03 PM

Misteri ‘bola api’ terbang di udara

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/bebola-api.jpeg
Imej ‘bebola api’ tersebut dirakam di Banjarnegara, Jawa Tengah. – Instagram @banjarnegaraterkini


Misteri ‘bola api’ terbang di udara

JAKARTA – Sebuah video yang memaparkan objek seperti bebola api yang sedang terbang di udara menjadi tular di media sosial dengan ramai yang mengaitkannya dengan unsur mistik, lapor laman berita Detik.com hari ini.

Menerusi video yang dilaporkan berlaku di daerah Banjarnegara, Jawa Tengah itu, ‘bebola api’ tersebut kelihatan sedang terbang sehingga paras lampu jalan.

“Kelihatan seperti berlaku ‘pertarungan’ yang melibatkan makhluk ghaib,” kata seorang netizen.

Berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh Detik.com, kejadian itu kemudiannya disahkan oleh penduduk setempat sebagai api yang digunakan untuk membakar sarang lebah.

Menurut penduduk, terdapat individu menyalakan api pada batang buluh yang kemudiannya digunakan untuk membakar sarang haiwan itu.

“Jika dilihat dengan betul, objek itu adalah batang buluh yang digunakan untuk membakar sarang lebah. Bagaimanapun, kami tidak tahu siapa yang merakam video itu dan menyebarkan perkara yang tidak betul,” kata seorang penduduk. – Agensi


Sumber:https://www.kosmo.com.my

None68 Publish time 20-9-2021 09:43 PM

Buang karan betul

edayildiz Publish time 20-9-2021 09:52 PM

sakit pulak hati kita

suefai Publish time 20-9-2021 10:41 PM

Pernah nampak jam 3 pagi...waktu bulan ramadhan...bebola api terbang slow je ke arah flat 5 tingkat belakang rumah...masa tu terjaga then I gi dapur kebetulan husband pun ada didapur masa tu....dua dua tergamam

besi_kelabu Publish time 20-9-2021 11:01 PM

pernah nampak bola api terbang masa camping kat kota belud. masa tu dengan kawan tgh prepare nak solat subuh, terus terdiam dan tertunduk kami..padahal tengah sembang tiba2 terkelu masing2.bila balik2 baru buka cerita..

nakkomenjugak Publish time 21-9-2021 03:00 AM

Tiada ku sangka
Bola2 api
Yang sedulunya ganjil
Kini di depan mata

GOTCHA.
Tipah tertipu

Mini.Me Publish time 21-9-2021 08:44 AM

Hareyyy baru nak bermisteri nusantara

Supersirap Publish time 21-9-2021 10:13 AM

Bola api yang menyemarakkan perasaan kasih sayang antara manusia dengan manusia

cheeseball Publish time 23-9-2021 12:29 AM

cehhh xseram langsung
Pages: [1]
View full version: Misteri ‘bola api’ terbang di udara


ADVERTISEMENT