xpdckelate Publish time 20-9-2021 12:12 AM

Bagnaia raih kejuaraan kedua di Misano

Misano Adriatico: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia muncul juara saingan MotoGP San Marino selepas memberikan tunggangan bertenaga dari petak utama di Misano.

Dia yang baru saja meraikan kejayaan sulung meraih kejuaraan dalam kategori utama di Aragon minggu lalu, cuba diberi tekanan oleh pendahulu keseluruhan, Fabio Quartararo di pusingan terakhir.

Bagaimanapun, dia berjaya mengekang daripada dipintas pelumba Yamaha dari Perancis itu.

Walaupun tidak berjaya meraih kejuaraan kali keenam musim ini, Quartararo masih lagi boleh tersenyum.

Ketika berbaki empat lagi perlumbaan dia masih lagi kukuh dengan kelebihan 48 mata mengatasi Bagnaia di tangga teratas keseluruhan.

Ia juga podium pertama buat Enea Bastianini yang berjaya menduduki tempat ketiga. - HMetro

xpdckelate Publish time 20-9-2021 12:14 AM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/MOTO-PRIX-SMR-MOTOGP-PODIUM_1632058670.jpg
BAGNAIA berjaya merangkul kejuaraan MotoGP dua kali berturut-turut. FOTO AFP
Pages: [1]
View full version: Bagnaia raih kejuaraan kedua di Misano


ADVERTISEMENT