R2D2 Publish time 18-9-2021 06:42 PM

Xiaomi Pad 5 pulak dilancar. Harga bawah RM2,000

Xiaomi Pad 5 dilancar global, tablet berkuasa tinggi dengan skrin 2K dan sokongan Smart Pen
    OLEH Najib
    2:10 pm
    17/09/2021

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210917-Xiaomi-Pad-5-001-1140x570.jpg

Xiaomi telah melancarkan tablet terbaru paling berkuasa mereka, Xiaomi Pad 5 ke pasaran antarabangsa. Tetapi hanya versi biasa, tiada versi Pro diumumkan. Jadi, hanya China ada dijual versi Pro yang dikuasakan cip Snapdragon 870 yang lebih perkasa.

Banyak naik taraf diberikan kepada Xiaomi Pad 5 berbanding model sebelumnya, menjadikannya sebuah peranti produktiviti yang sangat membantu. Ia boleh dilihat apabila Xiaomi menggunakan sistem operasi khusus tablet, MIUI for Pad. Ini membantu menggunakan perisian lebih berkesan untuk skrin besar, mirip iPadOS.

Di samping itu, Xiaomi turut memperkenal aksesori Xiaomi Smart Pen. Ia adalah pen stailus dengan 4,096 tahap tekanan dan 240hz kadar sentuhan, memberikan sentuhan yang tajam dan jitu di skrin. Pengguna boleh menggunakannya untuk menulis dan melakar lukisan di Pad 5. Stailus ini dimaklumkan akan dijual berasingan.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210917-Xiaomi-Pad-5-008-Smart-Pen-1536x768.jpg

Prestasi tinggi boleh dijangka pada Xiaomi Pad 5 kerana ia dikuasakan oleh cip flagship Qualcomm Snadpragon 860. Bersamanya adalah RAM LPDDR4X 6GB dan storan UF 3.1 sehingga 256GB.

Tenaga pula disalurkan daripada bateri berkapasiti 8,720mAh, memberi hayat yang panjang untuk digunakan. Kuasa mengecas pula disokong sehingga 33W dan kepala pengecas turut diberikan di dalam kotak.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210917-Xiaomi-Pad-5-005-1536x864.jpg

Skrin LCD yang cantik turut terdapat pada Xiaomi Pad 5. Berukuran 11-inci dengan resolusi 2K WQHD+ (2560×1600), ia turut memiliki kadar penyegaran setinggi 120Hz dan menyokong teknologi Dolby Vision.

Prestasi tinggi ini ditambah lagi dengan empat speaker stereo di kiri dan kanan, disokong teknologi Dolby Atmos.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210917-Xiaomi-Pad-5-017-Smart-Pen-1536x864.jpg

Kamera pula ada dua di tablet ini iaitu kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Kamera hadapannya terletak di atas bingkai, menjadikan skrin bersaiz penuh tanpa takuk dan lubang.

Tidak dimaklumkan pula sokongan internet mudah alih. Jika spesifikasinya sama seperti di China, Xiaomi Pad 5 hanya ada versi WiFi, tiada sokongan LTE dan 5G. Malah, format WiFi hanya sehingga 802.11ac, bukannya WiFi 6.

Harga jualan

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210917-Xiaomi-Pad-5-011-1536x768.jpg

Dalam pengumuman ini, Xiaomi mengumumkan harga jualannya di Eropah. Masih belum diketahui bilakah ia akan dijual di Malaysia. Berikut adalah harga Xiaomi Pad 5:

Xiaomi Pad 5 (RAM 6GB + Storan 128GB) – EUR349 (~RM1,711)
Xiaomi Pad 5 (RAM 6GB + Storan 256GB) – EUR399 (~RM1,957)

Hanya ada dua warna disediakan untuk Xiaomi Pad 5 versi antarabangsa, iaitu putih dan hitam. Untuk mengenali lebih lanjut, layari laman produk Xiaomi Pad 5.

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210917-Xiaomi-Pad-5-warna-02-1536x864.jpg

sarah82 Publish time 18-9-2021 07:00 PM

Lawan dgn Samsung galaxy Tab S7 FE;P;P

sarah82 Publish time 18-9-2021 07:01 PM

YBKenEHsmZo

sarah82 Publish time 18-9-2021 07:04 PM

R2D2..Samsung malaysia lancarkan samsung galaxy A52s 5G.. Latest update utk a52 series.

R2D2 Publish time 18-9-2021 07:08 PM

sarah82 replied at 18-9-2021 07:04 PM
R2D2..Samsung malaysia lancarkan samsung galaxy A52s 5G.. Latest update utk a52 series.

kena kumpul duit mcm ni

;P

sarah82 Publish time 18-9-2021 07:10 PM

R2D2 replied at 18-9-2021 07:08 PM
kena kumpul duit mcm ni

Hahahaha.. Tadi samsung hantar email.. Aku pernah subscribe utk latest product dari samsung.. Nampak menarik.. Nanti aku cri review.

So far aku guna A51 kak pada A52 memang muaskan.. A52 pulak guna snapdragon.. Fuhhh.. Meroyan juga aku tgk hari tu.. Mujur a51 aku elok lagi.

sarah82 Publish time 18-9-2021 07:15 PM

Nah.. Aku tambah lagi.

k3ZyTtga57o

Zack8hunter Publish time 18-9-2021 07:21 PM

aku suka brand Xiaomi ni.. murah dan specs padu.. harap byk lg produk dia masuk pasaran Malaysia

kaedahnya Publish time 18-9-2021 09:25 PM

wow..huawei ke honor tah ada tablet baru haritu (tahun ni). teringat ipad aku yang dah kaput tu. sedehh.

nakkomenjugak Publish time 19-9-2021 01:45 AM

Boleh laaa beli yeyyyyy!

gigahertz Publish time 19-9-2021 11:54 PM

sarah82 replied at 18-9-2021 11:00 AM
Lawan dgn Samsung galaxy Tab S7 FE

i nak bagi tau u satu rahsia pasal tablet ni
ni hanya rahsia kita berdua. orang lain tak perlu tahu
tablet Xiaomi Pad 5 ni boleh jadi dekstop mode.

sarah82 Publish time 20-9-2021 12:06 AM

gigahertz replied at 19-9-2021 11:54 PM
i nak bagi tau u satu rahsia pasal tablet ni
ni hanya rahsia kita berdua. orang lain tak perlu ta ...

Hahahhaa.. Mslhnya rahsia tu iols dah tau la.. Sama mcm dex mode kat samsunv.

gigahertz Publish time 20-9-2021 12:50 AM

sarah82 replied at 19-9-2021 04:06 PM
Hahahhaa.. Mslhnya rahsia tu iols dah tau la.. Sama mcm dex mode kat samsunv.

tapi dia tak bagitau pun dekstop mode tu whatsap pakai macam mana.
takde pun ikon whatsap dalam bideo tu.

sarah82 Publish time 20-9-2021 01:32 AM

gigahertz replied at 20-9-2021 12:50 AM
tapi dia tak bagitau pun dekstop mode tu whatsap pakai macam mana.
takde pun ikon whatsap dalam b ...

Kalau iols.. Cukup la wasap kat phone.

R2D2 Publish time 23-9-2021 11:29 PM

https://pbs.twimg.com/media/E_-ilckVkAIOhWq?format=jpg&name=900x900

R2D2 Publish time 23-9-2021 11:53 PM

https://pbs.twimg.com/card_img/1441067404029796352/wZl40vPI?format=jpg&name=900x900

R2D2 Publish time 23-9-2021 11:54 PM

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210923-Xiaomi-Pad-5-spec-2-1536x864.jpg

R2D2 Publish time 23-9-2021 11:55 PM

https://bm.soyacincau.com/wp-content/uploads/2021/09/210923-Xiaomi-Pad-5-harga-2-1536x864.jpg

3480 Publish time 26-9-2021 03:07 AM

Ouch.. br dok usha s7 fe dh masuk xiaomi plk..
Nk tanya.. dlm byk2 tab/pad ni mana yg function nk mcm ipad pro
Pages: [1]
View full version: Xiaomi Pad 5 pulak dilancar. Harga bawah RM2,000


ADVERTISEMENT