FOTHER-MUCKER Publish time 18-9-2021 07:35 AM

Menyeramkan: Rambut mayat terkeluar dari kubur berusia 100 tahun

‘Rambut’ mayat keluar dari kubur
https://carigold.com/forum/attachments/fb_img_1631920518833-jpg.412210/

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Sebuah video menjadi tular di media sosial apabila memaparkan objek didakwa rambut manusia kelihatan seperti tersepit pada batu nisan sebuah kubur berusia 100 tahun di California, lapor akhbar The Sun semalam.

‘Rambut’ yang ditemui oleh Joel Morrison, 37, itu dikatakan tersepit pada batu kubur dengan sebahagian daripadanya menjalar di atas tanah.

Menurut Morrison, dia pada awalnya tidak dapat memastikan sama ada objek tersebut adalah rambut sebenar.

“Bagaimanapun, selepas diperiksa, saya mendapati ia sememangnya rambut manusia yang keluar dari dalam kubur tersebut,” katanya.

Video itu dimuat naik di TikTok dengan ramai netizen cuba membuat spekulasi masing-masing mengenai kejadian luar biasa itu.

“Keadaan seperti ini boleh berlaku terutamanya selepas banjir besar atau hujan. Ia boleh membuatkan mayat di dalam kubur terapung ke atas,” kata seorang pengguna.

“Mungkin mereka mengebumikan mayat berhampiran pokok. Seorang petugas pengebumian pernah memberitahu bahawa jangan tanam mayat dekat dengan pokok bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku,” komen seorang netizen.

Morrison kembali ke kawasan perkuburan tersebut beberapa hari kemudian dan mendapati ‘rambut’ itu telah hilang.

“Apabila kubur itu terbuka akibat tekanan akar pokok, haiwan-haiwan seperti tupai dan tikus bebas untuk masuk dan keluar. Mungkin ia cuba untuk membuat sarang pada rambut manusia,” ujarnya.

Tambah Morrison, dia merancang untuk mengambil sampel rambut tersebut untuk diuji bagi mengesahkan sama ada ia adalah rambut manusia. – Agensi


https://www.kosmo.com.my/2021/09/17/rambut-mayat-keluar-dari-kubur/

terma2nkondisi2 Publish time 18-9-2021 08:01 AM

cer try tarik rambut tu.. nak tengok ape jadik

shernazz Publish time 18-9-2021 08:04 AM

Kalau buku mastika
Mesti ada sebab rambut tu keluar
Salah satunya maybe tak menutup aurat
Atau pung kerana menanam rambut..rambut wanita terkeluar dari kuburrr

Cleocatra Publish time 18-9-2021 08:58 AM

terma2nkondisi2 replied at 18-9-2021 08:01 AM
cer try tarik rambut tu.. nak tengok ape jadik

Kang suara dari dalam kubur berbunyi…. Hoiii… why aaa you pull pull my hair… (english lana nodin)

Hatida Publish time 18-9-2021 09:17 AM

syerammm nieyhhh!! kalu aku idokler nok narik rambut tu... huhuhu. mcm kuburarwah my kazen.. berlubang wehh. aku intai kut2 nampak 'something'.... nan hado. golapppp! :funk:

ketupatnasi Publish time 18-9-2021 09:49 AM

shernazz replied at 18-9-2021 08:04 AM
Kalau buku mastika
Mesti ada sebab rambut tu keluar
Salah satunya maybe tak menutup aurat


Tak pun kerana inai rambut tanpa izin suami. Kihkihkih

shernazz Publish time 18-9-2021 09:58 AM

ketupatnasi replied at 18-9-2021 09:49 AM
Tak pun kerana inai rambut tanpa izin suami. Kihkihkih

Hahhahahaha
Mcm2 spekulasi kan...

Catpaw Publish time 18-9-2021 11:25 AM

Hatida replied at 18-9-2021 01:17 AM
syerammm nieyhhh!! kalu aku idokler nok narik rambut tu... huhuhu. mcm kuburarwah my kazen.. berlu ...

Suluh la...

Napa berlubang tu... kot ada haiwan korek, timbus balik

Hatida Publish time 18-9-2021 12:31 PM

Catpaw replied at 18-9-2021 11:25 AM
Suluh la...

Napa berlubang tu... kot ada haiwan korek, timbus balik

takut ah nak suluh.. berlubang besar jugak..bukan kecik. taktau la kenapa asyik berlubang kubur arwah. ayah dia selalu kambus lubang tu. tak lama tu berlubang balik.. tak rasa haiwan yang korek sebab kawasan kubur tu berpagar. pintu pagar pun sentiasa bertutup. wallahu'alam..

Mini.Me Publish time 18-9-2021 12:54 PM

shernazz replied at 18-9-2021 08:04 AM
Kalau buku mastika
Mesti ada sebab rambut tu keluar
Salah satunya maybe tak menutup aurat


Masa Hidup Pakai Tudung Jambul Terkeluar...muahahaa

Mini.Me Publish time 18-9-2021 12:56 PM

Hatida replied at 18-9-2021 09:17 AM
syerammm nieyhhh!! kalu aku idokler nok narik rambut tu... huhuhu. mcm kuburarwah my kazen.. berlu ...

Kalau kubur kat kampung i biasa jadi...sbb lembu kerbau pijak atas...lembu org kg bengong tak ikat merayau smpai masuk kwsn kubur

Catpaw Publish time 18-9-2021 01:32 PM

Hatida replied at 18-9-2021 04:31 AM
takut ah nak suluh.. berlubang besar jugak..bukan kecik. taktau la kenapa asyik berlubang kubur ar ...

tanah mendap kot... ada lompong lain lagi kot selain lubang kubur... jangan ada org buat benda khurafat kat kubur tu udah le... besar mana tu.. ingatkan lubang besar penumbuk je

Hatida Publish time 18-9-2021 02:57 PM

Catpaw replied at 18-9-2021 01:32 PM
tanah mendap kot... ada lompong lain lagi kot selain lubang kubur... jangan ada org buat benda khu ...

ida pun speku camtulah..maybe tanah mendap. tapi tanah kubur lainyang ok je tak mendap. kubur orang lain kebanyakan guna kepok. yang arwah pun guna kepok gak. tapi jadi mendap..berlubang. besar jugak la.. besar lagi dari penumbuk. lebih kurang besar bola..lebih kurang laa. hurmm..

Hatida Publish time 18-9-2021 03:02 PM

Mini.Me replied at 18-9-2021 12:56 PM
Kalau kubur kat kampung i biasa jadi...sbb lembu kerbau pijak atas...lembu org kg bengong tak ikat ...

i tak rasa perbuatan haiwan ternakan (lembu, kambing etc) sebab haiwan kat kampung i memang bertuan dan tak lepas suka2 hati. tuan dia kurung dalam kandang. lagipun tanah perkuburan tu berpagar. i dah speku masa duk intai dalam lubang tu kot2 ternampak rangka ke ape ke... maunya terloncat iols. ;P pernah dulu ada lembu yang berkeliaran kena simbah cuka getah. kesian pulak.. patutnya marahkan tuan lembu tu. lembu tu tak tahu apa2..ada otak tapi takde akal. tuan dia tu nak bela lembu sangat tapi tak reti jaga. memang mendapatlah...

terma2nkondisi2 Publish time 18-9-2021 03:37 PM

Hatida replied at 18-9-2021 02:57 PM
ida pun speku camtulah..maybe tanah mendap. tapi tanah kubur lainyang ok je tak mendap. kubur oran ...

hulur fon... record

takpun, bawak kucing sekor, suh dia explore.. kucing suka explore lubang2 camtu

terma2nkondisi2 Publish time 18-9-2021 03:41 PM

Cleocatra replied at 18-9-2021 08:58 AM
Kang suara dari dalam kubur berbunyi…. Hoiii… why aaa you pull pull my hair… (english lana nodi ...

adoiii... aku da terbayang muka dia lak... takbleh nak unseen dah ni :funk::mad::lol:

Hatida Publish time 18-9-2021 03:47 PM

terma2nkondisi2 replied at 18-9-2021 03:37 PM
hulur fon... record

takpun, bawak kucing sekor, suh dia explore.. kucing suka explore lubang2 c ...

;P;P ok gak idea tu... nnt ida try. ahardss!

anony-mous Publish time 20-9-2021 01:01 AM

shernazz replied at 18-9-2021 08:04 AM
Kalau buku mastika
Mesti ada sebab rambut tu keluar
Salah satunya maybe tak menutup aurat


Tajuk seram terus jd lawak baca komen uols ;P

Atau

Isteri derhaka :lol:

shernazz Publish time 20-9-2021 07:50 AM

Mini.Me replied at 18-9-2021 12:54 PM
Masa Hidup Pakai Tudung Jambul Terkeluar...muahahaa

Hahahaha..
Jambul terus menerus tumbuh hinggankeluar kuburrrr

shernazz Publish time 20-9-2021 07:51 AM

anony-mous replied at 20-9-2021 01:01 AM
Tajuk seram terus jd lawak baca komen uols

Atau


Khen..
Iols baca mastika dedolu
Gitu lah..
Ada aje cerita di sebalik kubur peliks2 neh. Hahaha
Pages: [1]
View full version: Menyeramkan: Rambut mayat terkeluar dari kubur berusia 100 tahun


ADVERTISEMENT