xpdckelate Publish time 17-9-2021 11:37 PM

Bagnaia idam raih kemenangan kedua

ITALI – Pelumba pasukan Ducati, Francesco Bagnaia melaungkan amaran untuk memburu kemenangan kedua ketika turun di laman sendiri pada perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino hujung minggu ini.

Minggu lalu, Bagnaia melakukan kejutan apabila mempamerkan tunggangan cemerlang selepas merangkul kemenangan sulung MotoGP musim ini de-ngan menafikan percubaan Marc Marquez untuk muncul juara di Aragon.

Justeru, Bagnaia mahu memastikan dia mampu menaiki podium di hadapan penyokong-nya sekali lagi selepas Ducati hanya meraih dua kemenangan menerusi Casey Stoner (2007) dan Andrea Dovizioso pada 2018 di San Marino.

“Kemenangan minggu lalu di Aragon memberi motivasi baik kepada saya mahupun pasukan sekali gus memberikan saya tenaga untuk melakukan lebih baik ketika beraksi di hadapan penyokong Itali khususnya.

“Pasukan telah melakukan kerja yang luar biasa dan saya kini telah menemui sentuhan terbaik bersama jentera Desmosedici GP. Saya yakin mampu meraih satu lagi keputusan terbaik minggu ini di Misano.

“Misano merupakan litar ke-gemaran saya kerana saya ba-nyak menjalani latihan bersama jentera Ducati Panigale V4 S dan pada tahun lepas saya meraih podium MotoGP pertama di trek ini,” katanya.

Selepas 13 pusingan perlumbaan musim 2021, Bagnaia kini menduduki tangga kedua ke-seluruhan dengan 161 mata dan hanya dipisahkan 53 mata berbanding pendahulu, Fabio Quartararo (Yamaha). – AGENSI

xpdckelate Publish time 17-9-2021 11:38 PM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/1lead-MotoGP-feat.jpg
BAGNAIA terus bersemangat untuk memburu kemenangan di GP San Marino selepas meraih kejayaan di Aragon minggu lalu. – AFP
Pages: [1]
View full version: Bagnaia idam raih kemenangan kedua


ADVERTISEMENT