xpdckelate Publish time 17-9-2021 11:35 PM

Dovizioso sah sertai pasukan Petronas SRT

JAGUH dunia, Andrea Dovizioso sah kembali beraksi semula dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas dipanggil untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Pelumba Itali tersebut akan memulakan tugas pertamanya pada perlumbaan Grand Prix (GP) San Marino hujung minggu ini sekali gus mengambil alih tempat Franco Morbidelli sehingga akhir musim ini.

Morbidelli yang baru pulih daripada pembedahan lutut akan menyertai bekas rakan sepasukannya, Fabio Quartararo di Monster Energy Yamaha MotoGP selepas mengikat kontrak bersama pasukan tersebut sehingga 2023

“Walaupun saya tidak menjangkakan akan kembali ke MotoGP seperti ini, saya tidak pernah menutup pintu dan saya gembira dapat menyertai Yamaha serta Petronas Yamaha SRT.

“Saya ingin mencuba suasana baharu dan sangat gembira dapat beraksi semula. Sudah pasti saya sangat teruja untuk menguji jentera Yamaha.

“Saya perlu kekal berada di litar untuk memahami jentera dengan lebih baik sebelum memulakan saingan sebenar nanti di Litar Misano,” kata Dovizioso.

Difahamkan, Dovizioso bakal menyertai pasukan SRT pada musim 2022 namun ketika itu Petronas bukan lagi penaja utama pasukan tersebut. Bagaimanapun, Dovizioso tetap mendapat jentera utama seperti yang digunakan Quartararo dan juga Morbidelli. – K! ONLINE

xpdckelate Publish time 17-9-2021 11:36 PM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/dovi-feat.jpeg
DOVI akan berlumba bersama pasukan Petronas SRT sehingga akhir musim ini menggantikan Morbidelli.
Pages: [1]
View full version: Dovizioso sah sertai pasukan Petronas SRT


ADVERTISEMENT