xpdckelate Publish time 17-9-2021 10:25 PM

Muzakkir terpantas sesi kelayakan

Sepang: Pelumba ONEXOX TKKR Racing Team, Mohd Muzakkir Mohamed terus cemerlang apabila merakam masa terpantas pada sesi kelayakan bagi kategori CP150 Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Utara Sepang, hari ini.

Muzakkir yang sememangnya terkenal sebagai pakar Litar Sepang mencatatkan masa 1 minit 17.271 saat (s), mengatasi pelumba senior pasukan Yamaha GENBLU AHM Motorsport, Ahmad Fazrul Sham yang merekodkan masa kedua terpantas dengan 1'17.285s.

Pelumba Honda Yuzy Idemitsu Team, Azroy Hakeem Anuar pula muncul ketiga terpantas dengan catatan 1'17.335s.

Muzakkir berkata, dia begitu gembira dapat mempamerkan aksi mantap pada sesi kelayakan sekali gus yakin mampu mencipta kemenangan pada saingan sebenar.

"Saya berpuas hati dengan keputusan kami hari ini. Saya serta rakan sepasukan, Mohd Akid Aziz, agak konsisten sejak latihan bebas pertama sehinggalah ke sesi kelayakan. "Peningkatan prestasi Akid di pusingan ini begitu penting untuk pasukan kami. Dengan adanya Akid di kelompok pertama, kami boleh menggunakan strategi berpasukan seperti yang sering diterapkan oleh pelumba-pelumba lain," katanya.

Pasukan ONEXOX TKKR Racing Team turut mendominasi saingan dalam kategori CP125 dengan Mohd Hafiza Rofa merakam masa terpantas dengan catatan 1'22.229s.

Pelumba Ipone Yamaha YY Pang Racing Team, Mohd Fareez Afeez mencatat masa kedua terpantas dengan 1'22.892s manakala Mohd Syafiq Rosli daripada pasukan Petronas Sprinta Yamaha Maju Motor ketiga terpantas 1'23.050s.

Bagi kategori Wira KBS, Mohd Harith Haziq Zamri daripada pasukan Castrol Power1 Honda Team mematahkan dominasi pasukan Petronas Sprinta Yamaha-31 Racing dalam kategori bawah-17 tahun itu.

Harith mencatat masa 1'24.961s, berkelebihan 0.354s di hadapan trio pasukan 31 Racing. Selepas berehat panjang, saingan Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix kembali dengan pusingan ketiga dan keempat hujung minggu ini. - HMetro

xpdckelate Publish time 17-9-2021 10:26 PM

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/mz_1631873262.jpg
AKZI Muzakkir di Litar Sepang hari ini.
Pages: [1]
View full version: Muzakkir terpantas sesi kelayakan


ADVERTISEMENT