Raline Publish time 17-9-2021 11:10 AM

Hari tu sembang taknak kahwin lagi, rupa2nya Azaria Tagaya dah nikah dah pun

Pergi daftar nikah, Azaria Tagaya dan suami terus selamat bernikah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/azriakahbob1_1631765087.jpg
AZARIA bersama suaminya, Reza Syafiq bernikah semalam.

Kuala Lumpur: Personaliti TV3, Azaria Tagaya, 36, selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya, Reza Syafiq Zainal Rashid, 32, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, semalam.

Benang berkaitan : Azaria Tagaya, belum fikir nak kahwin sebab fokus kerja

Dalam majlis jam 12 tengah hari itu, Azaria atau nama sebenarnya Azaria Tagaya Norio Tagaya menerima sebentuk cincin dan mas kahwin, RM300 tanpa sebarang hantaran.

Azaria yang juga pembaca berita Buletin Utama dan Nightline serta hos Money Matters berkata, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar dengan dihadiri keluarga terdekat saja.

"Kami sebenarnya tak tetapkan satu tarikh untuk nikah memandangkan keadaan sekarang masih lagi dalam pandemik. Tarikh semalam pun bukan dipilih kerana kami hanya nak langsungkan secepat mungkin.

"Kami pergi buat pendaftaran di pejabat agama dan kemudian ambil nombor giliran. Kemudian dapat tarikh nikah, 15 September. Saya sebenarnya kena bekerja semalam dan terpaksa ambil cuti untuk kahwin.

"Hanya wali dan pasangan pengantin saja yang dibenarkan hadir, semalam. Baju nikah saya dijahit oleh mak dan dipadankan dengan Converse. Selepas nikah, baru kami jumpa keluarga dan rakan terdekat," katanya kepada Harian Metro.

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/azriakahbob2_1631765090.jpg
AZARIA Tagaya.

Azaria berdarah campuran Jepun di sebelah ayah dan ibunya keturunan Pakistan, manakala Reza yang bekerja sebagai jurumekap kesan khas untuk filem berketurunan Pakistan dan Cina.

Menurutnya, mereka tidak merancang mengadakan majlis resepsi dan hanya melaksanakan perkara yang wajib saja.

"Memang dari kecil saya impikan nak kahwin secara ringkas saja dan tak suka majlis besar-besaran sebab saya rasa membazir.

"Bagi saya lebih baik kami berjimat wang untuk masa depan dan hidup bersama," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my

krustykrab Publish time 17-9-2021 11:26 AM

Retis ke dia ni?

Dulu2 aku ingat di ni non muslim.. Sbbkan nama dia.

fadzyjemi Publish time 17-9-2021 11:31 AM

Sempoiiii.. tahniah

dudaberhias Publish time 17-9-2021 11:35 AM

krustykrab replied at 17-9-2021 11:26 AM
Retis ke dia ni?

Dulu2 aku ingat di ni non muslim.. Sbbkan nama dia.

Rasanya boleh masuk dalam kategori retis kaka sebab screentime dia tiap2 hari & lagi lama dari retis2 terpaling di Malaysia, agittew.... Sohai pun screentime tak sampai 10 jam kat TV. Tu pun penat penonton kena tahan muntah tengok. Kalau azaria ni setiap hari ada je nampak muka.

Tokeybundle Publish time 17-9-2021 12:31 PM

Dah smpi jodoh.bagusla

awenda507 Publish time 17-9-2021 12:33 PM

Bagus. Simple je majlis nikah

Raline Publish time 17-9-2021 01:21 PM

untung dpt awek JEPUN :lol:

anony-mous Publish time 17-9-2021 01:24 PM

Sapa lah yg mekap kan she gmbar nikah tu? I ingatkan pondan mana td. Suka jugak dia ni baca berita

stania83 Publish time 17-9-2021 01:32 PM

dia ni bijak laa dah la bilingual..kalau kerja corporate comm dah boleh gaji 5 angka..anyway husband dia pon ada mix pakistan..baguslaaa berjodohan

MsKathryn Publish time 17-9-2021 01:39 PM

Congrats…dulu terfikir dia ni org apa   
Best dia baca berita n host money matters

nsmy Publish time 17-9-2021 01:48 PM

Tahniahhhhh!!!!!

ais_kosong Publish time 17-9-2021 02:52 PM

Tahniah... semoga berkekalan..

jiwakacau06 Publish time 17-9-2021 02:56 PM

kamal deli ja xnk kawin2 lg... kesian uqasha

princessmiang Publish time 17-9-2021 03:17 PM

lagi relevan daripada jahlopqoobies.

cap_ayam Publish time 17-9-2021 03:31 PM

Selamat pengantin baru.. kahwin pakai kasut converse ke? Cool!:D

sharlenetexas Publish time 17-9-2021 03:34 PM

krustykrab replied at 17-9-2021 11:26 AM
Retis ke dia ni?

Dulu2 aku ingat di ni non muslim.. Sbbkan nama dia.

Samalah dulu pravaetriana tu. Ingatkan siam mana.

little_sis Publish time 17-9-2021 03:48 PM

Azaria nampak lebih muda dari husband dia.. majlis sempoi gile.. janji dah settle nikah.. semoga berbahagia ke akhir hayat..

krustykrab Publish time 17-9-2021 03:51 PM

sharlenetexas replied at 17-9-2021 03:34 PM
Samalah dulu pravaetriana tu. Ingatkan siam mana.

Ha ah...praeve tu pun...
Susah naw nak eja nsma diorg ni

supermum Publish time 17-9-2021 03:51 PM

stania83 replied at 17-9-2021 01:32 PM
dia ni bijak laa dah la bilingual..kalau kerja corporate comm dah boleh gaji 5 angka..anyway husband ...

Rasanya gaji dia memang 5 angka kot.

fifie_olin Publish time 17-9-2021 03:52 PM

patotla nama pelik...mix
ok le tu 2-2 mix
Pages: [1] 2
View full version: Hari tu sembang taknak kahwin lagi, rupa2nya Azaria Tagaya dah nikah dah pun


ADVERTISEMENT