trunks Publish time 16-9-2021 08:12 AM

Internet sebulan untuk pelajar

Edited by trunks at 14-12-2023 05:11 AM

KUALA LUMPUR- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan dua pakej baharu bagi membantu pelajar memperoleh akses internet selain membolehkan golongan kurang berkemampuan memiliki peranti pintar.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, dua pakej baharu itu melibatkan Pakej Remaja Keluarga Malaysia menawarkan kemudahan internet serta Pakej Peranti Keluarga Malaysia bagi memiliki peranti mampu milik.

“Pakej Remaja Keluarga Malaysia merupakan pelan prabayar khusus untuk golongan remaja dan pelajar termasuk pascasiswazah ditawarkan pada kadar RM10 sebulan. Ia perlu dibayar terus selama tiga bulan pada kadar RM30.

“Mereka akan mendapat 20GB untuk tiga bulan selain diberikan data percuma 1GB selama 90 hari untuk aktiviti produktiviti selain penawaran internet tanpa had,” katanya pada majlis pengumuman Pakej Diskaun Perkhidmatan Telekomunikasi Pelajar Universiti hari ini.

Annuar berkata, menerusi pakej itu, pengguna boleh melakukan aktiviti seperti penghantaran mesej, melayari internet, pembelajaran dalam talian serta aktiviti hiburan.

“Pelanggan juga tidak perlu menambah nilai setiap bulan dan hanya mendaftar menggunakan MyKad bagi pelajar berusia bawah 21 tahun manakala mendaftar menerusi kad pelajar untuk mereka melebihi 21 tahun,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pakej Peranti Keluarga Malaysia pula membolehkan rakyat memiliki atau menaik taraf kepada peranti mudah alih dan VoLTE secara percuma.

Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan. -K! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2021/09/15/internet-laju-tanpa-had-rm10-sebulan-untuk-pelajar/?fbclid=IwAR0009_R-jpBhGfbuGPLqmmpoD_eLRmh9bZCxEAm64qw7RUjsdLLmugx47s


-------------------------------------------

https://www.facebook.com/ismanira.manaf/posts/1800616900409791?ref=embed_post

sarah82 Publish time 16-9-2021 08:38 AM

20GB sebulan atau 20 GB ÷ 3 bulan? Maaf hari ni otak slow;P;P

trunks Publish time 16-9-2021 09:22 AM

Edited by trunks at 8-6-2023 04:13 AM

sarah82 replied at 16-9-2021 08:38 AM
20GB sebulan atau 20 GB ÷ 3 bulan? Maaf hari ni otak slow
haha nampak nya macam 10 sebulan -tapi kena bayar sekaligus 30rm

“Mereka akan mendapat 20GB untuk tiga bulan katanya

kalau untuk kita tak payahlah mau 100Gb sehari tak cukup ;P





sarah82 Publish time 16-9-2021 09:31 AM

trunks replied at 16-9-2021 09:22 AM
haha nampak nya macam 10 sebulan -tapi kena bayar sekaligus 30rm

“Mereka akan mendapat 20GB un ...

Hahahaha tu la.. Tak cukup..kiranya bukan lah unlimited

trunks Publish time 16-9-2021 09:38 AM

sarah82 replied at 16-9-2021 09:31 AM
Hahahaha tu la.. Tak cukup..kiranya bukan lah unlimited

wayang aje tu tak had konon nya hehe..tapi kalau untuk pelajar yang tak masuk
web layan blu ;Prasa cukupla tu

sarah82 Publish time 16-9-2021 09:45 AM

trunks replied at 16-9-2021 09:38 AM
wayang aje tu tak had konon nya hehe..tapi kalau untuk pelajar yang tak masuk
web layan blu ras ...

Hahahhaa.. Rasanya kalau just utk study mmg cukup
Pages: [1]
View full version: Internet sebulan untuk pelajar


ADVERTISEMENT