jom pantun jiwang share2...
Lirik Lagu Gurindam JiwaTuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan
Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga
perghhhh....mmg tacingggg...
Merantau diri hingga ke parsi
Terjumpa pula qaseh dihati
Niat dihati ingin mengisi
Namun kirmizi menanti pergi duhai selasih janganlah tinggi
kalaulah tinggi, berdaun jangan
duhai kekasih janganlah pergi
kalaupun pergi, bertahun jangan
kredit to munawir sang yunus-pak engku:lol: Izinkan hamba berpantun...
Bertepuk tampar ditepi perigi
Bersama kekasih disuatu petang
harapkan kasih sampai ke mati
Apakan daya dirinya curang
Kenangan manis ditepi perigi
Manaku lupa sehingga kini
Usah mendengar mereka yang iri,
Kasihku teguh masih mencintai Kasih seperti lautan dalam
Warna warni dunia percintaan
Mekar mewangi seperti semalam
Sama harungi segala dugaan
Pages:
[1]