xpdckelate Publish time 14-9-2021 10:06 PM

Pesawat terbesar dunia mirip ‘punggung terbang’ bawa penumpang menjelang 2025

LONDON – Sebuah kapal udara yang merupakan pesawat terbesar di dunia dijadualkan mula membawa penumpang pada tahun 2025, lapor akhbar Daily Star semalam

Pesawat Airlander 10 itu juga diberi julukan‘punggung terbang ‘kerana bentuknya dikatakan menyerupai punggung manusia.

Sejak prototaip Airlander 10 sepanjang 97.5 meter terhempas pada 2017, industri penerbangan tertanya-tanya sama ada pesawat itu akan kembali beroperasi.

Namun, dalam kemas kini terbaharunya, syarikat pembuatan Hybrid Air Vehicles (HAV) memaklumkan bahawa pesawat Zeppelin moden itu sedang bersiap sedia untuk operasi penuh.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/Flying-bum-2.jpg
Pelan reka bentuk dalaman pesawat ini adalah jenis terbuka dan berbeza dengan pesawat konvensional lain. – SWNS

Syarikat tersebut menjangkakan mempunyai tiga buah pesawat itu yang sedia untuk terbang sebelum2023 dan membawa penumpang Airlander menjelang 2025.

Penumpang akan menikmati pengalaman menaiki pesawat yang berbeza berbanding kapal terbangbiasa.

Penumpang Airliner akan merasai pengalaman seperti berada di dalam sebuah restoran terbang.

Kabinnyamenawarkan pemandangan panorama pada bahagian bawah pesawat.

Airlander 10 tidak sesuai untuk mereka yang mengejar masa memandangkan ia hanya terbang pada kelajuan 128.7 kilometer sejam berbanding pesawat biasa yang terbang selaju 804 kilometer sejam.

Menurut penyelidikan HAV, kelajuan bukanlah ciri paling penting bagi bakal penumpang pesawat itu.

HAV berkata, salah satu perjalanan yang sedang dipertimbangkan adalah antara Liverpool ke Belfast yang jauh lebih pantas berbanding menaiki feri dan tidak begitu ketinggalan berbanding perjalanan menaiki penerbangan biasa. – Agensi

xpdckelate Publish time 14-9-2021 10:07 PM

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/Flying-bum.jpg
Airlander 10 ini akan beroperasi penuh menjelang 2025. -SWNS

exclusive_vvip Publish time 14-9-2021 10:36 PM

xpdckelate replied at 14-9-2021 10:07 PM
Airlander 10 ini akan beroperasi penuh menjelang 2025. -SWNS

Oh, patut laaa

sharlenetexas Publish time 14-9-2021 10:54 PM

Larat ke nk terbang? Tak pasal2 jatuh atas rumah orang.

JohnyEnglish Publish time 14-9-2021 11:02 PM

xpdckelate replied at 14-9-2021 10:07 PM
Airlander 10 ini akan beroperasi penuh menjelang 2025. -SWNS

Ni dpn ke belakang?

Cieejiee Publish time 14-9-2021 11:12 PM

Ada ada jer... :lol:

tupaiterbang Publish time 14-9-2021 11:18 PM


Size african or latino? :lol:

xpdckelate Publish time 15-9-2021 12:28 AM

JohnyEnglish replied at 14-9-2021 11:02 PM
Ni dpn ke belakang?

depan ni :lol:

Lagubestbest Publish time 15-9-2021 12:42 AM

kalau ribut cmne? berpusing2 tergolek2 di udara ke cmne?

edayildiz Publish time 15-9-2021 01:27 AM

inspired by Kim Kardashian:shutup:

AbukRokok Publish time 15-9-2021 08:35 AM

agak cantik punggungnya
jangan ada yg #cucukmyazz
nti bocor
Pages: [1]
View full version: Pesawat terbesar dunia mirip ‘punggung terbang’ bawa penumpang menjelang 2025


ADVERTISEMENT