ip_lepat Publish time 14-9-2021 08:16 PM

[LIRIK] - Penyu Menangis (Siapa Tahu) - Sudirman


Penyu Menangis (Siapa Tahu)Lirik: J.M. AzizLagu: SudirmanAlbum: Kul it! (1986)
https://img.discogs.com/K6ZEFMG7N95hVjPaqicERYchHvo=/fit-in/600x787/filters:strip_icc():format(jpeg):mode_rgb():quality(90)/discogs-images/R-9010108-1504143195-2226.jpeg.jpg



FXL5qatpzVY

ip_lepat Publish time 14-9-2021 08:16 PM

Penyu Menangis (Siapa Tahu)

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)
Sebak dadanya sebak
(Tak tahu adik tak tahu)

Bengkak jantungnya bengkak
(Tak tahu adik tak tahu)
Retak hatinya retak
(Tak tahu adik tak tahu)

Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah airmatanya melimpah ruah
Agar terhibur adik terhibur

Anak muda berlagu sayang
Di Batu Remis melepas rindu
Adik ketawa di Rantau Abang
Penyu menangis siapalah tahu
Penyu menangis siapalah tahu

Kelabu matanya kelabu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sendu tangisnya sendu
(Tak tahu adik tak tahu)
Sayu jiwanya sayu
(Tak tahu adik tak tahu)
Layu langkahnya layu
(Tak tahu abang pun tak tahu)

Sesak nafasnya sesak
(Tak tahu adik tak tahu)

ip_lepat Publish time 14-9-2021 08:16 PM

J.M. Aziz

Dilahirkan ke dunia oleh Mek Ngah Hassan seorang guru Al-Quran bersama suaminya Abdul Rahman Hassan seorang qari dan peniaga dan diberi nama Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai J.M Aziz,Indra Mesra, Abdul Rahman, Azizah Rahman dan Jiwa Merana. Tanjung Seberang Takir, Kuala Terengganu adalah tempat lahir dan asal J.M Aziz. Beliau mula berkecimpung dalam dunia puisi sejak beliau berusia 8 tahun lagi. J.M Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Seberang Takir hingga tamat darjah lima. Selepas itu beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sultan Ismail untuk menuntut ilmu bahasa Inggeris. Pendidikan agamanya telah diterima oleh kedua ibu bapanya sendiri. Selepas tamat pengajiannya J.M Aziz telah berkerja di Pasukan Polis Hutan (1951-1953). Dan selepas itu beliau pernah berkerja sebagai Pegawai Penerangan Sukarela di Pejabat Penerangan Kuala Terengganu (1960). Tambahan dengan itu, J.M Aziz suka menyumbangkan tenaganya berkhidmat sebagai sukarelawan di Muzium negeri Terengganu, Perpustakaan Awam negeri Terengganu, dan badan-badan kebudayaan dan kesenian negeri Teregganu. Beliau juga merupakan pengasas kepada Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA).

Mahupun begitu didalam kehidupan J.M Aziz mempunyai titik hitam ia tersendiri, nama J.M Aziz membawa makna yang amat berat sekali iaitu Jiwa Merana ini kerana pada tahun 1965 beliau telah dikuarantin di Sungai Buloh kerana penyakit kusta yang membuatkan beliau hilang daya fizikal dan telah membuatkan dunia penglihatannya terus gelap. Semasa kejadian itu beliau telah menggunakan gelaran Jiwa Merana secara langsung sebagai nama gelaran beliau. Melihat keadaan itu ahli sasterawan negara A. Samad Said telah megubah Jiwa Merana kepada J.M untuk memberi gelaran yang lebih manis. Sungguhpun begitu J.M tetap membawa makna Jiwa Merana. J.M Aziz bersama Lijah binti Daud atau Cik De Jah telah dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata dan mereka inilah yang menjadi teman setia atau teman menulis J.M Aziz. J.M Aziz suka menulis puisi berlatarkan atau bertemakan laut dan hidup nelayan. Malah ada yang memanggil beliau sebagai penyair laut. Beliau tidak pernah terhasrat dan terbetah untuk menulis sajak tentang kesusahan hidupnya ini kerana beliau pernah berkata menulis puisi tentang dirinya hanya akan membawa lagi kesedihan kepada hidupnya.

Sebagai penghargaan terhadap tekad dan azamnya sebagai penulis beliau telah dianugerahkan Anugerah Budaya “Penggiat Kesenian Sezaman” oleh kerajaan negeri Terengganu (1990). Tambahan dengan itu beliau juga pernah dinobatkan sebagai Anugerah PENA peringkat nasional. Selain itu beliau juga dianugerahkan gelaran Tokoh Penyair Terengganu oleh Ruang Teater Tamu Terengganu. Manakala puisinya berjudul “Nasi Ayam laut Sepinggan” juga telah memenangi hadiah utama bagi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (2001). Selain itu, puisu beliau yang berjudul “Berlabuh dan Berkayuh” juga telah memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1948/1985). Dan pada tahun 1989 beliau telah dianugerahkan Tokoh Teater Terengganu 1989 oleh Majlis Kebudayaan Negeri Terengganu.


Writen by Azzim Ibrahim

http://azzimibrahim093.blogspot.com/2013/02/bibliografi-jm-aziz.html



https://scontent.fkul2-3.fna.fbcdn.net/v/t1.6435-9/53673293_2119594598127853_4258735054970159104_n.jpg?_nc_cat=110&ccb=1-5&_nc_sid=9267fe&_nc_ohc=UsiAgtS-l3oAX_lbwuJ&_nc_ht=scontent.fkul2-3.fna&oh=b75e29279333eb39c7f987e49b55d56b&oe=61669679

Kenangan Allahyarham Sudirman bersama Pujangga Bangsa Allahyarham J.M. Aziz di Seberang Takir, Kuala Terengganu pada tahun 1990.

Allahyarham Sudirman pernah merakamkan puisi ciptaan J.M. Aziz dalam bentuk lagu iaitu lagu Kesian Dia dan Penyu Menangis (Siapa Tahu).
Pages: [1]
View full version: [LIRIK] - Penyu Menangis (Siapa Tahu) - Sudirman


ADVERTISEMENT