Daftpunk_shine Publish time 13-9-2021 08:43 PM

Burung ‘Mak Hayam’

Seorang wanita memasuki kedai menjual binatang peliharaan. Dia melihat seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata dijual dengan harga RM10.

Dia terkejut. Biasanya harga burung begitu mahal. Menurut penjual, burung kakak tua itu dibesarkan oleh mak hayam di sebuah rumah pelacuran, jadi kata-katanya mengandungi kata-kata lucah dan melampau. Sebab itu tiada siapa mahu membelinya.

Disebabkan murah, wanita itu membeli burung tersebut dan membawa pulang ke rumah. Sampai di rumah, burung itu melihat sekeliling.

“Wah, rumah baru. Dapat ‘mak hayam’ baru,” kata burung kakak tua itu.

Wanita itu pada mulanya terkejut tetapi dia hanya ketawa dan menganggap apa yang dituturkan burung itu hanyalah gurauan.

Kemudian, anak perempuannya pulang ke rumah. Sebaik dia masuk, burung itu memerhatikannya.

“Wow, ada ‘anak ayam’ baru. Manissssss..” kata burung itu.

Anak perempuannya terkejut. Dia berasa tersinggung tetapi setelah diterangkan oleh ibunya barulah dia faham dan ketawa.

Tidak lama selepas itu, suami wanita itu yang bernama Ujang pulang dari kerja dan masuk ke rumah.

Burung kakak tua itu memandangnya dan terus berkata,
“Hai Ujang, lama tak nampak?”



Ramalkan apa yang berlaku seterusnya. Hehehe






Dipetik dari :
Senyum pisang (Mastika Nov 2017)

edayildiz Publish time 13-9-2021 08:53 PM

hahaha;P;P
kantoi

kuzaime Publish time 13-9-2021 08:56 PM

Jahanammm:lol::lol:

sharlenetexas Publish time 13-9-2021 09:01 PM

Kantoiiiii

Daftpunk_shine Publish time 13-9-2021 09:03 PM

kuzaime replied at 13-9-2021 08:56 PM
Jahanammm

Someone's gonna die tonight.. ;P

Lengkong Publish time 13-9-2021 09:08 PM

Hahhah...habis lah Ujang

sarah82 Publish time 13-9-2021 09:08 PM

Ujang pelanggan setia rupanya ;P;P

pichee Publish time 13-9-2021 09:13 PM

Ujang still alive?

Daftpunk_shine Publish time 13-9-2021 09:30 PM

pichee replied at 13-9-2021 09:13 PM
Ujang still alive?

Ujang ngan “burung” ujang dan burung kakak tua itu dikejarkan ke hospital. Dipercayai dihentak dengan objek tumpul.

Skuau Publish time 13-9-2021 09:31 PM

baru smlm kwn share video burung kakak tua ni...mmm...paling dahsyat dia tiru 'suara orng meneran/mengerang'....{:1_273:}:lol:

NekNgah Publish time 14-9-2021 06:11 PM

Oh no, oh no, oh no no no no..

;P

ahlisihircute Publish time 14-9-2021 07:53 PM

:lol::lol::lol:

pichee Publish time 14-9-2021 07:59 PM

Daftpunk_shine replied at 13-9-2021 09:30 PM
Ujang ngan “burung” ujang dan burung kakak tua itu dikejarkan ke hospital. Dipercayai dihentak d ...

Hahahha...sadis dgn pengakhiran ujang..

ciksaenara Publish time 14-9-2021 11:21 PM

:lol: kantoi

Kadbaru Publish time 18-11-2021 09:27 PM

hahahaha kantoii.
Pages: [1]
View full version: Burung ‘Mak Hayam’


ADVERTISEMENT