Raline Publish time 11-9-2021 11:18 PM

Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/D21038AF-8C18-4BE7-B9AB-5940A681F9D3.jpeg
Aksi lagak ngeri sesi fotografi pasangan ini menimbulkan perasaan seriau bagi kebanyakan mereka yang melihatnya. - Carter News Agency

Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam

LITTLE ROCK, Arkansas – Sepasang pengantin baharu memilih gaya ekstrem dalam sesi fotografi perkahwinan mereka apabila bergaya di tebing curam setinggi hampir satu meter, lapor akhbar The Sun UK semalam.Ryan Myers, 30, dan Skye, 28, yang merupakan penggemar aktiviti lasak mengambil keputusan meraikan perkahwinan mereka di tebing ikonik negeri itu iaitu Hawksbill Crag.

Aksi kedua-dua pengantin baharu itu menimbulkan rasa ngeri dalam kalangan sebilangan individu yang menyaksikan gambar mereka apabila Skye yang berkaki ayam berdiri di hujung tebing sambil memegang lengan suaminya.

Foto itu seolah-olah menunjukkan Skye hampir terjatuh ke bawah namun sebenarnya dia telah diikat dengan tali keselamatan terlebih dahulu.

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2021/09/16070C6A-8473-4FD4-92C8-69E254B946E6-300x200.jpeg
Skye sebenarnya telah diikat dengan tali keselamatan sebelum sesi fotografi bermula. – Carter News Agency

“Kami mengimpikan perkahwinan yang besar dan meriah namun Covid-19 memusnahkan semuanya.

“Memandangkan kami berdua pencinta aktiviti ekstrem maka merakam gambar perkahwinan di lokasi ini sangat bermakna,” jelas Myers.

Tambahnya, setiap kru penggambaran adalah golongan profesional dan mereka mendapatkan khidmat profesional sebelum melakukan aksi-aksi yang berbahaya. – Agensi

Sumber:https://www.kosmo.com.my

namemysoul Publish time 11-9-2021 11:23 PM

Patutlah baju bride nmpk pelik bhgn yg terangkat tu..

edayildiz Publish time 12-9-2021 06:42 AM

still stupid even with a harness:shakehead3:

LadyCarefree Publish time 12-9-2021 07:42 AM

edayildiz replied at 12-9-2021 05:42 AM
still stupid even with a harness

Dah 2021 pun masih ada yg mampos sbb ghaitah nk bergambar. Ramai je yg mampos jatuh tebing. Bebaru ni mampos kena gilis ketapi.

R2D2 Publish time 12-9-2021 10:22 AM

sebelum ni kan pernah ada pengantin yg bergambar di bangunan tinggi
tergelincir
jatuh hempap atas kereta

shernazz Publish time 12-9-2021 12:40 PM

Tak feel.la.kalau tak lain dari yang lain ye dak..

chinta89 Publish time 12-9-2021 01:35 PM

kalau umur x pjg walaupun ada sokongan keselamatan, nampak gaya sekejapan aje jd pengantin yach tp iu la usianya pjg hehe

nakkomenjugak Publish time 12-9-2021 09:07 PM

birah sungguh nak buat fotoshoot gini
nasib takde pape
Pages: [1]
View full version: Aksi ngeri pengantin bergambar di tebing curam


ADVERTISEMENT