Raline Publish time 10-9-2021 11:47 PM

Indonesia Hasilkan Beg Dari Ubi Kayu?

Indonesia Hasilkan Beg Dari Ubi Kayu, Boleh Makan Ke?

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage-11-1-1.jpg
Beberapa tahun kebelakangan ini, orang ramai sentiasa disaran untuk mengurangkan penggunaan beg plastik ketika membeli-belah. Tapi nak taknak pun, kalau terlupa bawa beg, kita terpaksa minta beg plastik walaupun kena bayar 20 sen kan?

Berdasarkan laporan oleh Program Lingkungan PBB (UNEP), dunia menghasilkan 300 juta tan plastik setiap tahun, dan hanya 9% daripadanya dikitar semula. Masalah sampah plastik ini sangat membimbangkan kerana 10 sungai utama di dunia (yang paling dekat dengan Malaysia adalah sungai Mekong) dapat membawa sehingga 90% sampah plastik ke lautan.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/Screenshot-2021-09-07-at-4.38.17-PM.png
https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/WhatsApp-Image-2019-09-05-at-15.40.07.jpg
Oleh itu, agak mengagumkan apabila syarikat Indonesia, Avani Eco, membuat beg plastik diperbuat dariubi kayu untuk menggantikan beg plastik yang boleh hanya dipakai sekali jer. Lagi menarik, ia juga larut dalam air! Tapi boleh makan ke? Setakat ini pihak mereka tidak menyebut bahawa beg ini boleh dimakan walaupun diperbuat dari ubi kayu.

“Kami menemui penyelesaian alternatif untuk beg plastik sekali pakai yang berbahaya. Kami dapat membantu anda membawa barang anda dan fungsinya sama seperti plastik biasa anda gunakan. Cuma versi dari kami yang semula jadi dan tidak beracun, ”jelas Avani Eco di laman web mereka.

Tidak percaya plastik boleh larut dalam air? Inilah beberapa bukti dalam video!

https://twitter.com/levelsio/status/1105693326689198080?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1105693326689198080%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fmurai.my%2F2021%2F125215%2Fbukan-plastik-lagi-indonesia-hasilkan-beg-dari-ubi-kayu-boleh-makan-ke%2F

Pengguna di laman twitter @levelsiomenunjukkan bagaimana beg ubi kayu dapat larut dalam bentuk cair.

Agak-agak bila rasanya beg ubi kayu Avani Eco yang luar biasa ini sampai ke Malaysia ya?

Selain beg plastik biasa, mereka juga mempunyai variasi beg yang unik dan berbeza, bolek berkunjung ke laman sesawang mereka di www.avanieco.com.

Sumber:https://murai.my

Friska Publish time 12-9-2021 12:13 PM

Wah, luar biasa
Pages: [1]
View full version: Indonesia Hasilkan Beg Dari Ubi Kayu?


ADVERTISEMENT