R2D2 Publish time 10-9-2021 09:21 AM

Ramai fobia dgn no 13 termasuk Apple. iPhone 13 akan guna nama lain

Phone 13 tak guna nombor 13?
    Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
    10 September 2021, 8:30 am

NEW YORK: Peminat koleksi gajet jenama Apple pasti tidak sabar menantikan telefon pintar baharu iPhone 13, yang akan dilancarkan minggu depan.

Lapor The Sun, syarikat gergasi teknologi itu akan memperkenalkan koleksi telefon pintar baharu pada setiap tahun atau empat tahun sekali.

Tahun lalu, Apple memper­kenalkan koleksi iPhone 12, i­Phone 12 Mini, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Tahun ini, acara perasmian besar-besaran dijadualkan berlangsung 14 September ini.

Pembelian tempahan awal bermula 17 September dan tarikh keluaran sebenar berkemungkinan 24 September nanti.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menyifatkan telefon pintar koleksi terkini itu adalah model paling terbaik buat masa sekarang.

Setakat ini, harga sebenar te­lefon itu belum didedahkan dan berkemungkinan harga yang ditawarkan tidak jauh beza de­ngan model sebelum ini.

Khabar angin mengatakan iPhone 13 akan menyediakan koleksi berwarna merah jambu dan oren.

Terdahulu, Mark Gurman dari Bloomberg berkata, iPhone keluaran baharu itu tidak akan menggunakan nombor 13 ke­rana dianggap ‘nombor malang’ bagi sesetengah negara.

Beliau mendakwa, Apple juga tidak mengeluarkan iPhone 9 dan sebaliknya terus menggunakan iPhone X.

Nombor sembilan sebenar­nya dianggap tidak bernasib baik di China.

Untuk itu Gurman meramalkan Apple akan menjauhkan diri daripada angka 13.

Banyak orang takut nombor 13 kerana mereka percaya bahawa itu adalah nasib buruk.

Angka tersebut kadang-kadang tidak digunakan sebagai bilangan tingkat di bangunan.

kakikuDibibirmu Publish time 10-9-2021 09:26 AM

Aras 3A tersenyum sinis;P{:1_555:}

Malay-si-a = sial punya Melayu{:1_563:}

hareeeesah Publish time 10-9-2021 09:44 AM

kakikuDibibirmu replied at 10-9-2021 09:26 AM
Aras 3A tersenyum sinis

Malay-si-a = sial punya Melayu

Dulu nombor 4 paling dibenci cina, melayu pun ramai jugak nak join.tak faham betul. Skarang ramai dah nampak cina-cina ok je nombor berapa pun..

Suchi Publish time 10-9-2021 09:45 AM

So iphone 12A la yek.

Tak abis2 takut ngn nombor

Dwdrum Publish time 10-9-2021 09:53 AM

Bukan apple yang takut no13... Tetapi takut bussiness tidak masyuk sebab ada negara and individual yang percaya NO13 tabooo...

noor2 Publish time 10-9-2021 09:53 AM

Bodoh....siapa yg percaya no utk sekian2 benda karut

edayildiz Publish time 10-9-2021 09:58 AM

yela bukan 4 ke yg dorg tak suka tu? kat condo i pun takde no 4 no 14:shakehead3:

ctaz Publish time 10-9-2021 10:19 AM

setahu aku no 4 tu memang no bad luck pada cina....
kebanyakna client opis aku...semua suruh letak no rumah atau tingkat dgn 3a dan 13a...
mcm kambing...

kalau jalan tu ada no 4...pun suruh tukar cur....

dengan no pun takut....
bangang nyer la hai....

omputih memang benci dgn no 13....

Firenzza Publish time 10-9-2021 10:29 AM

noor2 replied at 10-9-2021 09:53 AM
Bodoh....siapa yg percaya no utk sekian2 benda karut

Mmg bodoh sis, dulu ada 1 dato bandar (negeri dirahsiakan) letak syarat nk bagi no rumah/ no tingkat x blh letak no 13.....penyudah no yg ada no 12 skip 14...klau tekan butang lif pun jumpa 12a pastu 14.....agaknya diorg ni tiap2 13hb setiap bln menyorok dlm gua gamaknya.....

noor2 Publish time 10-9-2021 10:31 AM

Firenzza replied at 10-9-2021 10:29 AM
Mmg bodoh sis, dulu ada 1 dato bandar (negeri dirahsiakan) letak syarat nk bagi no rumah/ no tingk ...

No plat kereta pun satu hal...takut beno no 4...nak sgt no 8...melayu pun terikut

sarah82 Publish time 10-9-2021 10:52 AM

Aku dah komen kat thread sebelum ni.

No 13 ni dikaitkan dgn kes hukuman ke atas Knights Templar dan Salem Witch Trials/Hunt;P;P

doodlediddle Publish time 10-9-2021 11:04 AM

Suchi replied at 10-9-2021 09:45 AM
So iphone 12A la yek.

Tak abis2 takut ngn nombor

Masalahnya berapa kerat je kan masyarakat Di atas muka bumi ni percaya dgn perkara2 tahyul ni? I mean Apple buat society research aka demographic research psal people who believed in superstition ke sampai boleh affect kaw2 dekat diorang punya sales? Like what 70% of potential buyers are superstitious? I doubt it tho. Kalau dah namanya Apple berdoyon doyon orang nk beli even orang yg xberapa nk hado duit pun sanggup.

Artemesiaa Publish time 10-9-2021 11:23 AM

Dah benda bakal dijual serata negara pasti sensitivi sesuati isu itu pun mereka dah ambil kira tak kan nak rugi disebabkannya

petak96 Publish time 10-9-2021 12:49 PM

Taylor Swift relaks je guna no 13...

aotearoa Publish time 10-9-2021 01:00 PM

Firenzza replied at 10-9-2021 10:29 AM
Mmg bodoh sis, dulu ada 1 dato bandar (negeri dirahsiakan) letak syarat nk bagi no rumah/ no tingk ...

dato Bandar Kl eh? sebab kawasan perumahan i takdak rumah no 13, tapi ada 12A:sweat3:

Dovahkiin Publish time 10-9-2021 01:10 PM

9 takde mmg sebab suka2. 9 da kena makan dengan 7.

pagaruyung Publish time 10-9-2021 01:33 PM

Apa nak takut..mati tanam..

cmf_Maxx Publish time 10-9-2021 01:41 PM

Selain hal knights templar, dalam islam rukun solat pun 13, tu yg dorang anti sgt kut.

helicornia Publish time 10-9-2021 01:53 PM

cina takut dgn no 4 sebutannya shi' sama makna dgn mati

nakkomenjugak Publish time 10-9-2021 09:36 PM

takot dengan nombor?
well dangggg
ramai jugak mati time tarikh bertuah pun
Pages: [1] 2
View full version: Ramai fobia dgn no 13 termasuk Apple. iPhone 13 akan guna nama lain


ADVERTISEMENT