Tinot7 Publish time 9-9-2021 02:45 PM

Edisi tambah tacang: Kenali Sejarawan Malaysia (4) - exposed

Edited by Tinot7 at 12-9-2021 12:10 AM

Kuiz ditutup. Tiada tacang akan diberikan selepas ini.


Annaquinn009 Publish time 9-9-2021 03:22 PM

yg ni bukan ke tuan haji hassan mohammad..sejarawan dr segamat...anak saudara ibu zain...masa belajar kat ipg dulu ada lah belajar pasal beliau pasal falsafah pendidikan

ip_lepat Publish time 9-9-2021 04:19 PM

Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Muhammad PPN, PIS, PLP adalah seorang Tokoh Sejarah Segamat. Beliau dilahirkan di Segamat Johor pada 22hb April 1930. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Latihan Tanjong Malim (1936-1941), kemudian di Sekolah Lelaki Bandar Segamat (1941-45). Setelah itu beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) kini dikenali sebagai Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Beliau merupakan pelajar termuda yang berjaya mengikuti pengajian tersebut. Setelah tamat pengajian di MPSI beliau terus berkhidmat sebagai guru yang bertauliah dan merupakan guru termuda di Johor ketika itu. Pada tahun 1962 beliau lulus Federal Malayan Certificate|Federal Malayan Certificate (FMC) dan merupakan anak tempatan aliran Melayu yang pertama lulus dalam peperiksaan tersebut. Kemudian beliau dilantik menjadi Guru Besar termuda di Daerah Segamat.

Pada tahun 1966, beliau ditawarkan ke Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (Language Institute di Lembah Pantai Kuala Lumpur). Ketika di situlah, beliau berpeluang mendalami bahasa dan bidang sejarah secara formal. Beliau telah diberi projek untuk membuat kajian dan penyelidikan serta menyediakan manuscript mengenai Sejarah dan Adat Resam Tempatan, sebagai prasyarat untuk lulus pengajian. Pada tahun 1975, beliau telah ditawarkan untuk mengikuti pengajian di Maktab Perguruan Khas.Beliau pernah menjadi guru dan guru besar di beberapa buah sekolah di Segamat sejak tahun 1948.

Pada tahun 1961, beliau dilantik sebagai Guru Besar yang termuda di Daerah Segamat, ketika itu. Di atas kecemerlangan beliau, beliau kerap-kali dilantik oleh Jabatan Pelajaran sebagai mentor kepada guru besar-guru besar yang baru dilantik bagi memantapkan lagi perkhidmatan pelajaran di negeri Johor. Beliau terkenal dengan falsafah pendidikan yang berpaksikan pertanggung-jawaban empat serangkai dalam sistem persekolahan di Johor.

Menurut beliau, kecemerlangan murid boleh dicapai berasaskan empat faktor daya-usaha yang melibatkan guru, persekitaran sekolah yang meransangkan, ibu-bapa dan murid itu sendiri. Murid boleh berjaya dengan baik bergantung 50% kepada usaha guru untuk mengajar. Murid boleh berjaya dengan sangat baik jika ditambah 20% dalam usaha penambah-baikan kepada persekitaran persekolahan termasuk kemudahan dan bantuan buku teks, bantuan makanan, peralatan pengajaran dan pembelajaran, dll.

Murid boleh jadi cemerlang jika ditambah 20% usaha nilai tambah dari ibu-bapa ketika di rumah dan murid boleh menjadi sangat cemerlang hanya jika di-tambah 10% dari usaha murid itu sendiri. Maknanya, dari segi pencapaian, tiada seorang murid pun yang sepatutnya gagal dalam sistem persekolahan di Malaysia.Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela sejak tahun 1968. Beliau bersara pada 22hb April 1985 setelah berkhidmat dalam bidang perguruan selama lebih 37 tahun.

Beliau pernah ditawarkan sebagai pensyarah di Federal Military Colleges (FMC), Kuala Lumpur. Beliau telah beberapa kali di-lantek sebagai ahli lembaga pengelola Hospital Besar Daerah Segamat bagi tujuan untuk menambah-baik perkhimatan dan kemudahan kesihatan kepada masyarakat di Segamat, Beliau juga telah beberapa kali dilantik sebagai ahli lembaga Juvenile Court Daerah Segamat. Beliau juga merupakan pengasas Pesatuan Bahasa Melayu Daerah Segamat.

Setiap kali Sultan Johor membuat lawatan resmi ke Daerah Segamat, beliaulah yang kerap-kali ditugaskan oleh Pegawai Daerah untuk menyediakan isi ucapan Sultan kerana kearifan beliau mengguna-pakai istilah-istilah bahasa diraja.Beliau adalah seorang yang sangat cergas dalam berpersatuan dan kegiatan masyarakat. Beliau merupakan kelompok ahli berdaftar yang terawal dalam Kelab Melayu Daerah Segamat.

Dalam pasukan pengakap, beliau merupakan Penolong Persuruhjaya Pengakap Daerah Segamat. Beliau telah menghadiri beberapa Jamboree Pengakap Seluruh Dunia yang diadakan di beberapa buah negara. Ketika Segamat dilanda banjir besar, beliau kerap-kali diarah oleh Pegawai Daerah untuk menggunakan pasukan pengakap untuk turut bantu dalam gerakan kemanusiaan dan bantuan kepada bilik gerakan banjir. Dalam pergerakan pengakap diperingkat kebangsaan, beliau sangat rapat dengan Tun Sardon Jubir dan Tan Sri Abdul Samad Idris.

Beliau juga sangat cergas dalam bidang politik terutamanya semasa musim berkempen. Antara kenalan rapat beliau dalam dunia politik ialah Tan Sri Hajjah Zainon Munshi Sulaiman @ibu Zain (ibu saudara beliau); Dato Haji Elias bin Abu Bakar, Bekas exco kerjaan Negeri Johor; Dato’ Haji Talib Ali, bekas Ahli Dewan Negeri Johor untuk Bukit Serampang; Dato’ Abdul Aziz Bin Ismail, Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Kerja Raya; Dato’ Sulaiman Mohd Noor (sepupu beliau), Setiausaha Kerajaan Negeri Johor; Dato Abdul Ajib Ahmad, Bekas Menteri Besar Johor; Dato' Haji Ahmad Arshad, Bekas Senator dan Dato’ Md Noor Md Dom, Bekas ADUN Serom yang juga Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian di mana Tun Musa Hitam adalah Ketua Bahagian Segamat, ketika itu.

Beliau juga adalah seorang setiausaha Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) peringkat Daerah Segamat, ahli jawatan-kuasa Pesatuan Sejarah Malaysia peringkat Negeri Johor dan ahli jawatan-kuasa Arkib Bahagian Selatan Malaysia. Dalam persatuan Sejarah, beliau sangat rapat dengan Dato’ Haji Ahmad Arshad yang juga merupakan pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia peringkat Daerah Segamat. Penglibatan beliau yang terakhir dalam Persatuan Sejarah Malaysia ialah apabila dilantik sebagai ahli jawatankuasa kerja dalam Konvensyen Persatuan Sejarah Malaysia yang diadakan di Johor Bahru pada tahun 1978

Dalam bidang pengurusan ekonomi, beliau merupakan ahli Koperasi Syarikat Kerjasama yang bertauliah, ahli lembaga pengarah Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) cawangan Segamat, ahli lembaga pengarah Syarikat Guru-Guru Melayu Segamat, ahli lembaga Persatuan Peladang Daerah Segamat dan lembaga pengarah Koperasi Peladang Mukim Jabi. Cita-cita beliau apabila bersara nanti ialah untuk mencebur dalam bidang perniagaan persendirian bersama keluarga.

Beliau juga aktif dalam bidang penulisan. Antara hasil karya beliau yang berdasarkan kajian dan penyelidikan serta mempunyai nilai ilmiah dan sejarah yang tinggi ialah tentang: Semua ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan secara terperinchi dan dicatat, dirakam serta ditulis dalam bentuk lapuran-lapuran, buku-buku serta artikel-artikel yang dijilid dan merupakan master-pieces dan hak asal beliau.

Diatas jasa-jasa beliau, Kerajaan Negeri Johor telah menganugerahkan Pingat Lama dalam Perkhidmatan (PLP) dan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) dari Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim. Beliau juga telah dianugerah-kan Pingat Pangkuan Negara (PPN) dari Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim



LINK - Hassan Muhammad

nora_balqis Publish time 9-9-2021 04:25 PM

Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Muhammad PPN, PIS, PLP adalah seorang Tokoh Sejarah Segamat.

Beliau dilahirkan di Segamat Johor pada 22hb April 1930.

peacock.bass Publish time 10-9-2021 02:58 AM

Edited by peacock.bass at 11-9-2021 06:12 PM

Allahyarham Tuan Haji Hassan Bin Muhammad   juga aktif dalam bidang penulisan. Antara hasil karya beliau yang berdasarkan kajian dan penyelidikan serta mempunyai nilai ilmiah dan sejarah yang tinggi ialah tentang:

Loghat Bahasa penduduk Mukim Jabi,
Malaysia, sehari tiada dalam Sejarah iaitu ketika pemerintahan Bintang Tiga.
Kejayaan Bendahara Tepok melarikan Sultan Mahmud Shah ke Pahang setelah Portugis memusnahkan tempat persembunyiannya di Pagoh,
Asal-usul nama Bandar Segamat (Sejarah Segamat ),
Kehidupan Orang Asli di Segamat Kecil,
Rahsia Jalan Penarikan sebagai jalan pintas dari pantai barat ke pantai timur semenanjung sehingga ke Siam di utara tanpa melalui Singapura dan
Adat Resam Melayu Segamat.
Tok Bertiga Segamat
Semua ini adalah hasil kajian yang telah dijalankan secara terperinchi dan dicatat, dirakam serta ditulis dalam bentuk lapuran-lapuran, buku-buku serta artikel-artikel yang dijilid dan merupakan master-pieces dan hak asal beliau.
Pages: [1]
View full version: Edisi tambah tacang: Kenali Sejarawan Malaysia (4) - exposed


ADVERTISEMENT