Raline Publish time 9-9-2021 07:10 AM

5 Filem Misteri Ini Memang Best Dan Tak Rugi Tonton!

Cerita Tentang Orang Yang Hilang, 5 Filem Misteri Ini Memang Best Dan Tak Rugi Tonton!

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/07/1-16.jpg

Tak dinafikan kehilangan orang yang tersayang adalah perkara yang menakutkan dalam hidup seseorang. Bagi peminat genre misteri, cuba kamu tonton 5 filem yang disyorkan oleh Murai MY.

Lima filem ini memaparkan situasi yang menyedihkan, beremosi dan kewarasan seseorang ketika menyelesaikan misteri serta persoalan. Nak tahu apakah filem tersebut, jom scroll di bawah!

Flightplan (2005)
Mengisahkan tentang seorang jurutera pesawat, Kyle Pratt (Jodie Foster) dalam perjalanan pulang dari Jerman ke New York untuk mengebumikan suaminya. Ketika dia bangun daripada terlelap, Kyle mendapati anak perempuannya hilang. Apabila bertanyakan pada kru pesawat, mereka mendakwa dia berseorangan daripada awal.

OHukIo3qVy4

Kemudiannya, orang ramai mula mempersoalkan kewarasannya. Tetap ditentang, dia terus berjuang untuk mencari anaknya walaupun kelihatan sangat mustahil.

Gone Baby Gone (2007)
Filem arahan Ben Affleck ini mengisahkan tentang penyiasat persendirian Boston (Casey Affleck) yang berusaha mencari gadis yang hilang untuk dikembalikan pada ibunya (Amy Ryan).

Wzh4Q88sthY

Kes tersebut memaksanya untuk menyiasat suspek di kawasan kejiranannya sendiri dan juga rakan polis. Filem ini diadaptasi daripada sebuah novel yang menceritakan tentang sebuah misteri dan pelbagai kejutan yang tidak disangka.

Winter’s Bone (2010)
Diadaptasi daripada novel, filem ini mengisahkan seorang remaja, Ree (Jennifer Lawrence) yang menjaga dua orang adiknya kerana ibu bapanya tidak mahu bertanggungjawab.

bE_X2pDRXyY

Bapanya seorang penjenayah yang hilang secara tiba-tiba menjadikan rumah mereka sebagai jaminan. Memang misteri sangat apabila Ree mencari ayahnya kerana nasib keluarga mereka berada di tangannya. Malah nyawanya juga dalam bahaya kerana mahu mengetahui nasib ayahnya.

Prisoners (2013)
Filem ini mengisahkan tentang perjuangan seorang ayah, Keller Dover (Hugh Jackman) yang kehilangan anaknya secara tiba-tiba semasa mengunjungi rakan sekerjanya.

Setelah disiasat, pihak polis telah membebaskan suspek utama daripada kes ini. Kemudian, Keller dengan nekadnya mahu mencari anaknya sendiri walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.

Searching (2018)
Mengisahkan tentang peristiwa yang unik iaitu pencarian kehilangan anak perempuan David Kim (John Cho) yang berlaku sepenuhnya melalui skrin komputer.

https://www.youtube.com/watch?v=3Ro9ebQxEOY&feature=emb_title

Kisah filem ini diceritakan melalui laman web, fail dan sembang video di komputer anak David. Ketegangan dapat dirasai apabila David menggunakan iPhone sebagai kamera filemnya sepanjang pencarian berlaku.

Menarik bukan? Jadi tonton kesemua filem misteri di atas dan jangan lupa untuk kongsikan dengan Murai MY okay.

Sumber:https://murai.my/
Pages: [1]
View full version: 5 Filem Misteri Ini Memang Best Dan Tak Rugi Tonton!


ADVERTISEMENT