Raline Publish time 9-9-2021 07:00 AM

Kemalangan Myvi Remuk Buat Netizen Kagum! Ada Yang Kata Kereta Myvi Buat Di Nera

Kemalangan Myvi Remuk Buat Netizen Kagum! Ada Yang Kata Kereta Myvi Buat Di Neraka!

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage-11-1.jpg
Masih lagi tular mengenai eksiden kereta Myvi yang remuk di langgar lori baru ini, kini heboh dan menjadi bualan ramai wargamaya.

Netizen Dakwa Kereta Myvi Buat Di Neraka


Melihat keadaan kereta Myvi yang remuk teruk di langgar lori itu, ramai wargamaya berseloroh dengan mengatakan kereta tersebut dibuat di neraka. Selain itu, ada juga yang mengatakan selepas ini kereta Myvi dikategorikan sebagai kereta yang eksotik!

“Saya sumpah Myvi adalah kereta yang dibuat di neraka”


“Kereta Myvi secara rasminya jatuh di bawah kategori eksotik”

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage1-15.jpg

Selain itu, ada juga yang mengatakan kereta Myvi merupakan raja jalan di Malaysia sebab itu pemandu kereta tersebut terselamat dari kemalangan itu.

“Orang ramai mungkin berbalah pandangan mengenai ketahanan kereta Perodua, tapi dari pandangan jurutera kereta harus remuk untuk menyerap kesan mengurangkan daya inersia untuk menyelamatkan penumpang.

Lelaki tersebut selamat, jadi @perodua berjaya lakukannya. Myvi raja jalan Malaysia.”

Mahu Pakar Analisa Baik Buruk Myvi Untuk Rujukan Akan Datang
Ada juga wargamaya yang mengatakan dengan kejadian seperti ini, pakar rekaan perodua dapat membuat analisis baik buruk rekaan dan menjadikannya sebagai rujukan untuk rekaan di masa akan datang.

“Rekaan zon remuk yang bagus oleh Perodua menyelamatkan nyawa dia. Saya harap mereka akan hantar kereta ini untuk analisis dan mencari apa yang brkesan dan sebaliknya untuk rekaan masa depan.”

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/09/collage3-8.jpg

Netizen Mahu Perodua Berikan Myvi Baru Kepada Mangsa

Melihat isu Myvi yang sedang hangat diperkatakan ini, ada juga wargamaya memberi pandangan agar pihak Perodua memberikan mangsa eksiden tersebut sebuah kereta Myvi yang baru dan membayarkan bil perubatannya sebagai pertukaran untuk testimoni pengiklanan.

“Jika Perodua tidak berikan lelaki tersebut Myvi baru dan bantu bayarkan bil perubatan dia dengan pertukaran menggunakan testimoni dia untuk pengiklanan, mereka adalah bodoh. Ini adalah keemasan pemasaran.”

Macam-macam pandangan wargamaya sekarang ini.


Sumber:https://murai.my


JohnyEnglish Publish time 9-9-2021 10:38 AM

aku tgk mcm kereta dlm filem mad max fury road

nakkomenjugak Publish time 9-9-2021 07:09 PM

Edited by nakkomenjugak at 9-9-2021 08:02 PM

sampai gitu sekali...
sandwich
keajaiban sangat pemandu nya hidup masih panjang

violetungu Publish time 9-9-2021 07:17 PM

Memang dashyat ek?? belum ajal dia lg..dalam fikiran aku masa kn lenyek tu dah penyek dah driver myvi ni..aku rs dia ada doa2 yg dia amal ni. .

downiey Publish time 12-9-2021 04:43 PM

Allahuakbar.
Pages: [1]
View full version: Kemalangan Myvi Remuk Buat Netizen Kagum! Ada Yang Kata Kereta Myvi Buat Di Nera


ADVERTISEMENT