R2D2 Publish time 8-9-2021 11:29 PM

Doktor haiwan share info cara berdepan dgn anjing garang. Video 1.1 juta views

Doktor haiwan kongsi panduan berdepan anjing, warganet rela angkat kaki
FMT Reporters -
September 8, 2021 12:00 PM

https://s3media.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2021/09/Doktor-haiwan-kongsi-panduan-anjibg-ohsem.jpg
Perkongsian itu menunjukkan seorang doktor haiwan melakukan lawatan rutin ke sebuah kediaman berpagar yang turut dihuni puluhan anjing.

Perkongsian seorang doktor haiwan di akaun TikTok drima_vet miliknya mengenai cara berdepan sekumpulan anjing cukup informatif dan sangat menarik.

Hakikatnya, bercakap memang mudah. Mahu tahu langit tinggi atau rendah, cuba letak diri dalam situasi sebenar.

Menerusi perkongsian video berdurasi 1 minit 13 saat itu, doktor yang turut ditemani suaminya itu dilihat berkunjung ke sebuah kediaman berpagar yang dipenuhi puluhan anjing.

Melihat suaminya hanya sanggup menunggu di luar pagar, beliau menggariskan beberapa langkah terbaik yang dapat membantu ketika berdepan keadaan sama.

“Jika anda berhadapan dengan anjing yang tidak dikenali atau liar apa yang perlu anda lakukan?”, ujarnya.

    Bertenang, jangan panik, jangan takut.
    Baca bahasa tubuh anjing itu.
    Elakkan dari memandang ke arah matanya. Jangan tenung mata anjing secara tepat, renungan tepat ke mata boleh dianggap ancaman.
    Kalau ada anjing datang dekat, jangan bergerak, abaikan saja. Biarkan mereka datang kepada anda dari kita terus pergi terjah mereka. Jangan lari.
    Anjing akan berpaling atau berlalu pergi sebagai tanda hormat. Aman. Teruskan perjalanan.

Demikian antara langkah ringkas yang dikongsi doktor haiwan tersebut.

Apa yang melucukan, video yang menerima lebih 1.1 juta tontonan itu mengundang maklum balas cukup melucukan dalam kalangan warganet.

Selain berkongsi petua dan alasan mereka yang tersendiri, kebanyakan warganet lebih rela lari tak cukup tanah dari berdepan anjing-anjing yang garang.

“Sebelum awak bagi langkah-langkah ini, saya dah hilang dari radar,” kata ini aku.

“Kalau jumpa banyak macam ni, langkah 1 pun dah tak ingat,” kongsi eby yupp.

“Abang tak boleh, banyak giler yank, saya faham perasaan kamu,” usik Wan Jota merujuk suami doktor tersebut yang lebih rela duduk di luar kediaman tersebut.

“Saya bukan nak cakap besar kak, saya pernah macam ni. Saya masuk rumah uncle tu, anjing menyalak, saya menyalak balik tapi time tu saya kat atas pokok la,” balas Apit melawak.

“Tak apelah doktor, doktor jalanlah situ, saya ikut jalan lain,” ujar DIAMOND jujur.

Lentera Publish time 8-9-2021 11:42 PM

Terhibur baca komen2 warganet :lol:

umbut Publish time 8-9-2021 11:47 PM

Suka tgk trainer cesar millan .. anjing2 ganas pun leh cool:sweat3:

nakkomenjugak Publish time 9-9-2021 01:19 AM

tukar semua anjing tu ke shiba inu
baru iol tak lari

mijot Publish time 9-9-2021 08:39 AM

kelakar baca komen...

cik_sssara Publish time 9-9-2021 10:06 AM

Elakkan dari memandang ke arah matanya. Jangan tenung mata anjing secara tepat, renungan tepat ke mata boleh dianggap ancaman.
Kalau ada anjing datang dekat, jangan bergerak, abaikan saja.
Biarkan mereka datang kepada anda dari kita terus pergi terjah mereka. Jangan lari.
These legit.


I trauma untuk long run jauh sikit dari area rumah sebab anjinglah. I knowlah comel, tapi dia jerit macam nak kejar :'(

Apa i buat, be extra cautious dengan sekumpulan anjing, sebab so far kalau dia sekor je dia takut.

Then stop lari, just walk (surrender to lost the pace :(), amik curve jauh sikit dari dia.

Jangan tengok tepat mata dia.

Passed.

ezacbee Publish time 9-9-2021 10:36 AM

Aku rela ikut jalan jauh..

{:smileo

kuihbakar Publish time 9-9-2021 11:24 AM

masa remaja KB pernah masuk balkoni rumah orang sambil naik motor sebab kena kejar anjing... sikit lagi nak masuk dalam rumah dia

R2D2 Publish time 9-9-2021 06:29 PM

hati2
ada jenis anjing yg tak makan saman
kalau kita pura2 tunduk nak ambil batu
Pages: [1]
View full version: Doktor haiwan share info cara berdepan dgn anjing garang. Video 1.1 juta views


ADVERTISEMENT